Cara Mudah Taip Tesis, Assignment atau Kerja Rumah Menggunakan Voice Typing
Dilema setiap pelajar perlu lalui masa-masa nak siapkan tesis, assignment atau kerja rumah. Nak buka laptop untuk mulakan kerja satu hal, nak menaip pun satu hal lagi. Nak buat kerja pula kena cari idea, buat kajian dan yang paling malas adalah menaip. Lebih-lebih lagi bila anda buat last minit, mahu tak tidur dan makan semata-mata nak siapkan tugasan.
Dengan lambakan tugas yang perlu dihantar, pasti stress untuk menyiapkannya. Ingin mengejar masa tapi dalam masa yang sama ingin kerja yang dihasilkan berkualiti. Tambahan pula dalam membuat tesis. Bukan sikit ya isi yang perlu dimasukkan!
Jangan risau, lepas ini anda semua tidak perlu menaip lama-lama dah. Anda boleh siapkan kerja dalam masa yang lebih cepat hanya dengan menggunakan suara sahaja.
Macam mana tu? Ikuti perkongsian di bawah.
MALAS MENAIP? GUNAKAN VOICE TYPING UNTUK SIAPKAN KERJA MENAIP ANDA
Dengan voice typing di Google Doc, anda boleh ‘luahkan’ apa sahaja yang hendak ditulis. Tidak perlu lagi menaip, hanya bersuara. Jom tengok langkah-langkah di bawah.
1. Create Google Doc
Jadi seperti biasa, anda perlu create Google Doc untuk mula buat kerja atau assignment anda. Mesti kebanyakkan pembaca tahu macam mana nak guna Google Doc ni kan lagi-lagi pelajar sebab senang nak gabungkan assignment. Bagi yang tak tahu pulak, anda hanya perlu taip ‘Google Doc’, pilih go to Google doc, log in email anda, klik start a new document (blank). Senang sahaja!
Anda akan dapat paparan seperti ini. Di bahagian untitled document tu boleh la letak tajuk kerja atau assignment anda.
2. Select ‘Tool’ Dan Klik ‘Voice Typing’
Lepas anda klik voice typing, akan keluar paparan seperti di bawah.
3. Pilih Bahasa Yang Dikehendaki
Selepas itu, anda boleh pilih bahasa yang anda nak gunakan untuk buat tugasan. Contohnya, kalau nak buat assignment menggunakan Bahasa Melayu hanya perlu klik bahasa yang bersesuaian.
4. Klik Ikon Microphone
Dah selesai pilih bahasa? Kalau dah, anda terus je klik simbol microphone tu dan cakap apa yang nak ‘ditulis’ dalam tugasan itu. Dan boleh mula buat tugasan anda dengan bercakap!
Apa yang paling menarik sekali adalah dengan menggunakan voice typing ni, kita boleh minimalkan kesalahan ejaan dan betulkannya dalam masa yang singkat. Lepas ni tak perlu pening-pening nak buat kerja, assignment atau tugasan dah. Boleh cuba kaedah yang dikongsikan ini. Selamat mencuba!