Info Kerjaya Malaysia

Mohon Sini Untuk Geran RM2,000 Usahawan Wanita JWKS

2,560

Geran Usahawan Wanita Sarawak JWKS

Usahawan Wanita Sarawak tidak dilupakan oleh kerajaan negeri Sarawak dan telah melancarkan program Geran Usahawan Wanita Sarawak JWKS dengan bertujuan untuk membantu usahawan wanita yang layak.

Bantuan ini juga diberikan kepada setiap perusahaan atau perniagaan yang tidak menerima Geran Khas Prihatin yang lepas.

Jumlah Geran & Cara Bayaran

Geran yang akan diberikan adalah secara tunai dan one off sebanyak RM2,000.

Mohon Sini Untuk Geran RM2,000 Usahawan Wanita JWKS

Syarat Kelayakan Geran Usahawan Wanita Sarawak JWKS

Anda boleh membuat semakan kelayakan Geran Usahawan Wanita Sarawak JWKS seperti :

  • Wanita Sarawak dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Menetap di negeri Sarawak.
  • Pendapatan isi rumah mestilah RM6,000 dan ke bawah.
  • Pemohon perlu mempunyai premis perniagaan.
  • Pemohon juga tidak pernah menerima Geran Khas Prihatin atau Dana Khas di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2.0 (Sarawak Pay).
  • Penerima bantuan dikehendaki mengemukakan laporan perniagaan yang
    dijalankan kepada pihak urusetia JWKS selepas tiga (3) bulan
    penerimaan. .

Muat Turun Borang Permohonan

Sebelum anda membuat permohonan :

  • Anda perlu muat turun borang permohonan disini sahaja.

MUAT TURUN BORANG

  • Atau dapatkan borang permohonan di seluruh Pejabat Cawangan JWKS
  • Lengkapkan borang permohonan dengan mengisi maklumat yang diminta.
  • Sertakan borang bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Hantar borang anda di :
    Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak
    Wisma Wanita, Jln Bakti ,
    Off Jln Sultan Tengah,Samariang,
    Petra Jaya, 93050, Kuching, Sarawak.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan semasa menghantar permohonan adalah seperti berikut :

  • Borang permohonan yang LENGKAP diisi.
  • Satu salinan MyKad.
  • Satu salinan bil utiliti.
  • Lesen perniagaan (sekiranya ada).

Semakan Status Permohonan

Anda tidak perlu membuat semakan status kelulusan permohonan kerana status kelulusan akan dimaklumkan oleh panel jawatankuasa.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut mengenai Geran Usahawan Wanita Sarawak JWKS, anda boleh hubungi JWKS di saluran berikut :

  • Telefon : 082-446980 / 446178 / 446914
  • Faks : 082-447937
  • Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak
    Wisma Wanita, Jln Bakti ,
    Off Jln Sultan Tengah,Samariang,
    Petra Jaya, 93050, Kuching, Sarawak.

close-image