Info Kerjaya Malaysia

Tahukah Anda Gelaran Profesional Ini Sebenarnya Wujud, Tetapi Ramai Tak Tahu

20,549

7 Gelaran Profesional Yang Ramai Tidak Tahu Tetapi Wujud

Terdapat 7 gelaran profesional yang orang ramai tidak tahu serta maksud disebaliknya tetapi sebenarnya wujud. Malahan kita semua hanya tahu beberapa gelaran sahaja iaitu Doktor (Dr) dan merasakan gelaran tersebut hanyalah untuk Doktor Perubatan sahaja. Sedangkan mereka yang menyambung pengajian sehingga PHD juga layak menerima gelaran Dr berdasarkan pencapaian yang mereka perolehi.

Apa kata kita lihat 7 gelaran profesional yang lain dan wujud tetapi tidak diketahui oleh kita.

7 Gelaran Profesional

1. Professional Engineer : Ir.

Gelaran Professional Engineer, Ir. pada golongan jurutera diberikan oleh Board of Engineers Malaysia (BEM). Ia merupakan satu gelaran paling tinggi dalam bidang kejuruteraan. Ia juga diberikan kepada jurutera bertauliah yang telah lulus ujian kelayakan profesional.

Jurutera juga perlu berdaftar dengan IEM sebagai graduate member (GM) terlebih dahulu. Kemudian dalam masa 3 tahun, jurutera perlu menghadiri kursus yang diwajibkan oleh BEM.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan maklumat di sini : BEM

Tahukah Anda Gelaran Ini Sebenarnya Wujud, Tetapi Ramai Tak Tahu

2. Professional Architect : Ar.

Untuk mendapat gelaran Professional Architect, Ar yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)ini, anda perlu pergi ke LAM Bahagian III. Untuk mendapatkan Bahagia III, anda perlu bertugas sebagai arkitek sekurang-kurangnya 2 tahun dan telah memenuhi semua keperluan projek yang ditetapkan oleh LAM. Dengan kelayakan Bahagian III, anda akan dianggap sebagai seorang Arkitek Profesional.

Rujuk sini untuk dapatkan maklumat mengenai perkara ini di : Lembaga Arkitek Malaysia

Tahukah Anda Gelaran Ini Sebenarnya Wujud, Tetapi Ramai Tak Tahu

3. Professional Surveyor : Sr.

Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) merupakan satu badan yang mengurus permohonan sebagai Professional Surveyor, Sr. Untuk mendapat gelaran ini, anda perlu melalui peperiksaan profesional berikut :

  • Quantity Surveying
  • Property Surveying
  • Building Surveying
  • Foundation Examination
  • First / Part I Examination
  • Intermediate / Part II Examination
  • Final / Part III Examination
  • Direct Final / Graduate Entry Examination

Maklumat lanjut mengenai Professional Surveyor, Sr. ini, anda boleh lawati laman web berikut : Royal Institution Of Surveyors Malaysia.

Tahukah Anda Gelaran Ini Sebenarnya Wujud, Tetapi Ramai Tak Tahu

4. Professional Technologist : Ts.

Terdapat satu agensi yang bertanggungjawab memberikan gelaran Professional Technologist : Ts. iaitu Malaysia Board of Technologist (MBOT).

MBoT ditubuhkan sebagai sebuah badan profesional untuk mendaftar dan mengiktiraf Teknologis Profesional (Professional Technologist) serta Juruteknik Bertauliah (Certified Technician) sebagai profesion ikhtisas selaras dengan saranan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang telah mengenal pasti keperluan penubuhan satu badan profesional untuk mendaftar dan mengiktiraf lulusan berkaitan kemahiran dan teknologi.

Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 dalam Seksyen 19 dan 20 telah ditubuhkan bagi membenarkan setiap Professional Technologists dan Certified Technician yang berdaftar dan telah diluluskan oleh MBOT untuk menggunakan gelaran singkatan Ts. atau P.Tech (bagi Professional Technologists) dan Tc. atau C.Tech (bagi Certified Technician). Ini merupakan salah satu mekanisme pengiktirafan kepada teknologis dan juga juruteknik negara.

Pendaftaran keahlian teknologis dan juruteknik yang layak boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang www.mbot.org.my.

Tahukah Anda Gelaran Ini Sebenarnya Wujud, Tetapi Ramai Tak Tahu

5. Professional Geologist : PGeol.

Ahli sains atau golongan profesional yang mengkaji tentang bumi digelar sebagai ahli geologi (geologist) atau geosaintis. Antara tugas-tugas ahli geologi adalah termasuk melakukan pemetaan geologi, mencari sumber-sumber mineral seperti minyak petroleum, emas, bauksit dan sebagainya, melakukan penyiasatan tapak, menjangka kemungkinan berlaku letupan gunung berapi, gempa atau tsunami serta lain-lain tugas.

Semua tugas-tugas ini secara langsung atau tidak langsung telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta menjamin keselamatan masyarakat dan alam sekitar. Penerangan ringkas tentang kerja-kerja ahli geologi antaranya ialah :

1. Pemetaan geologi : Setiap ahli geologi perlu mempunyai ilmu dalam membuat pemetaan geologi. Ini adalah kerana semua maklumat-maklumat yang telah diperolehi semasa kajian lapangan perlu direkodkan kedalam peta. Contoh-contoh maklumat biasa yang terdapat dalam peta geologi antaranya adalah jenis-jenis batuan utama yang wujud di kawasan kajian, struktur-struktur batuan, formasi-formasi batuan, kewujudan mineral ekonomi serta fosil dan lain-lain lagi.

Di samping itu kebanyakkan peta geologi juga meletakkan kedudukan lombong emas dan kuari sama ada yang masih aktif atau tidak dimana ia bertujuan supaya ahli geologi boleh mengambil sampel-sampel batuan serta membuat latihan kajian geologi.

2. Mencari sumber ekonomi : Ahli geologi juga bertanggungjawab untuk mencari dan mengenal pasti sumber-sumber mineral ekonomi serta petroleum yang wujud di sesuatu kawasan. Mereka semua juga perlu mengkaji dengan lebih terperinci dimana dan bagaimana hasil bumi wujud di kawasan tersebut. Ini adalah kerana maklumat-maklumat ini sudah semestinya akan digunakan untuk mencari hasil bumi di kawasan lain.

Secara amnya kesemua hasil bumi ini boleh dijumpai di dalam batuan atau tanah. Walaubagaimanapun bukan semua batuan dan tanah mempunyai hasil-hasil mineral ini.

3. Penyiasatan tapak : Penyiasatan tapak adalah sangat penting sebelum apa-apa aktiviti pembangunan boleh dijalankan. Tujuan utama penyiasatan tapak dilakukan adalah untuk menilai risiko-risiko bahaya seperti kejadian lubang benam, tanah runtuh dan lain-lain yang boleh mengancam keselamatan masyarakat di kawasan tersebut.

Di samping itu ahli geologi juga boleh menilai tahap pencemaran tanah serta air di kawasan perlombongan dan pembangunan supaya pihak berkuasa dapat membendung masalah alam sekitar.

Tahukah Anda Gelaran Ini Sebenarnya Wujud, Tetapi Ramai Tak Tahu

Manakala di Malaysia, Board of Geologists Malaysia (BoG) bertanggungjawab mengendalikan lantikan sebagai Professional Geologist, PGeol dan anda boleh layari pautan berikut untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BoG ini : BoG

6. Professional Landscape Architect : LAr

Senibina Landskap (Landscape Architecture) adalah satu profesion yang diiktirafkan sebagai satu bidang kerja yang tertumpu kepada rekabentuk persekitaran luaran (External Spaces), pembinaannya, serta kerja-kerja berkaitan untuk memastikan kerja-kerja tersebut adalah bersesuaian dengan fungsi dan kegunaan (Function & Use) sesuatu kawasan. Ianya menitik beratkan rekabentuk persekitaran alam yang melibatkan kerja-kerja seperti analisis setempat, perancangan dan pemilihan tapak untuk pembangunan, rekabentuk, susun atur tapak serta pengawasan terhadap pembangunan sesuatu projek. Sejak kebelakangan ini skop profesion ini juga meliputi bidang rekabentuk bantuan komputer (CAD), perancangan ekologi, kajian mengenai persekitaran alam dan tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah.

Bidang tugas seorang Arkitek Landskap terbahagi kepada empat skop utama, iaitu Kajian Perancangan Pelan Induk, Kajian Pelan-Pelan Tempatan dan Struktur, Kajian Keberkesanan Alam Sekitar (EIA) dan Projek-Projek Landskap spesifik.

  • Perancangan Pelan Induk
  • Kajian Pelan Tempatan dan Struktur
  • Kajian Keberkesanan Alam Sekitar (EIA)
  • Projek-Projek Landskap Spesifik

Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM) merupakan satu badan berautoriti yang bertanggungjawab memberi gelaran Professional Landscape Architect, LAr. kepada arkitek yang memenuhi syarat.

Tahukah Anda Gelaran Ini Sebenarnya Wujud, Tetapi Ramai Tak Tahu

7. Professional Town Planner : TPr

Town Planner adalah satu profession kerjaya ‘broadly based discipline’ yang sesungguhnya mempunyai kepakaran pelbagai bidang, meliputi aspek-aspek ‘strategic planning’, ‘development plan’, ‘urban design’, ‘environmental/social impact assessment’, ‘land use planning’ yang berkaitan dengan perancangan perumahan, kawasan perniagaan, pembangunan industri, ‘heritage planning’, ‘tourism planning’ dan juga perancangan sosial. Tugasan bagi kerjaya Town Planner juga begitu luas dan terlatih mahir dalam beberapa tugasan berikut :

1. Kemahiran membentuk objektif jangka panjang pembangunan untuk perubahan masa depan pembangunan fizikal satu-satu kawasan,

2.Kemahiran menjalankan kajian dan penyiasatan tapak untuk satu-satu pembangunan.

3. Kemahiran mengumpul dan menganalisis maklumat faktor-faktor fizikal, ekonomi, sosial, undang-undang, politik/pentadbiran, sosiobudaya dan alam sekitar yang memberikan kesan pada pembangunan guna tanah pada satu-satu kawasan.

4. Kemahiran berinteraksi dan berbincang dengan masyarakat setempat, pihak pemaju, swasta dan organisasi kerajaan.

5. Kemahiran merancang pembangunan baru atau kawasan-kawasan pembangunan semula dan menasihati Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai isu-isu perancangan bagi projek-projek seperti pembangunan di pinggir bandar, membina rangkaian jaringan pengangkutan, kawasan perindustrian, kompleks niaga dan pembangunan perumahan.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Professional Town Planner ini, anda boleh klik pautan ini : Malaysian Institute Of Planners

Tahukah Anda Gelaran Ini Sebenarnya Wujud, Tetapi Ramai Tak Tahu

close-image