Info Kerjaya Malaysia

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Mengalami Gangguan Seksual Di Tempat Kerja?

1,206

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Gangguan seksual merupakan satu perlakuan tidak bermoral yang dilakukan oleh seseorang terhadap orang lain. Selalunya individu ini mengalami permasalahan hidup, keluarga dan perhubungan yang kurang stabil.

Ia memberikan kesan negatif kepada mangsa yang menyebabkan mangsa mengalami trauma, fobia, ketakutan dan menjejaskan rutin harian.

Kategori Gangguan Seksual

Terdapat 4 kategori gangguan seksual iaitu :

  • Cubaan merapati orang lain secara seksual.
  • Meminta layanan seksual daripada orang lain.
  • Gangguan seksual yang mengugut.
  • Gangguan seksual yang menyinggung atau menghina.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Mengalami Gangguan Seksual Di Tempat Kerja?

Jenis-Jenis Gangguan Seksual

Terdapat 5 jenis bentuk gangguan seksual seperti berikut :

1. Gangguan Seksual Secara Lisan

  • Merujuk kepada kata-kata, komen, gurauan, usikan bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.
  • Merupakan satu permulaan gangguan seksual.
  • Contoh : Memuji mangsa dengan menyatakan mangsa mempunyai tubuh badan yang cantik dan menggiurkan mata pemangsa dan mangsa merasakan tidak selesa dengan kata-kata tersebut.

2. Gangguan Seksual Secara Isyarat

  • Merupakan satu pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau makan dengan cara menggoda serta isyarat tangan yang membayangkan perlakuan seks yang berterusan.

3. Gangguan Seksual Secara Visual

  • Menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual dan mendedahkan bahagian bahan sulit yang tidak sepatutnya didedahkan.
  • Contoh : Pemangsa menghantar mesej, video atau gambar berunsur lucah kepada mangsa daan menyebabkan mangsa rasa tidak selamat dan mengganggu keselamatan mangsa.

4. Gangguan Seksual Secara Psikologi

  • Mengulangi jemputan sosial walaupun ditolak  berkali-kali terus memujuk rayu dengan bertujuan untuk keluar bersama dan mahu bercumbuan dengan mangsa.
  • Mangsa tidak berdaya untuk menolak pelawaan dan mengambil kesempatan untuk mencabul mangsa.

5. Gangguan Seksual Secara Fizikal

  • Jenis gangguan yang paling meninggalkan kesan terhadap mangsa.
  • Contoh gangguan seksual fizikal ialah, sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel  badan, memeluk, mencium dan serangan seksual.
  • Boleh berlaku tanpa sedar seperti kononya bergurau sehingga menampar atau mencubit dibahagian tubuh badan mangsa.
  • Jika tidak ditegah, pemangsa akan cuba untuk menyentuh dibahagian lain pula.

Tips Elak Gangguan Seksual

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh di ambil untuk mengelakkan gangguan seksual berlaku di tempat kerja :

Majikan

  • Pihak syarikat perlu menyediakan satu polisi tentang anti-gangguan seksual dan perlu difahami oleh semua pekerja.
  • Fahamkan pekerja mengenai polisi gangguan seksual dengan memberikan contoh-contoh gangguan seksual yang mungkin berlaku ketika bekerja.
  • Terangkan di dalam polisi bahawa perlakuan tersebut tidak diterima di syarikat, tidak membalas dendam terhadap pengadu atau mengugut pengadu atas aduan gangguan seksual.
  • Syarikat perlu memberikan maklumat yang tepat dan mencukupi kepada pekerja mengenai gangguan seksual terutamanya yang berkaitan dengan polisi anti-gangguan seksual pekerja.
  • Mengadakan seminar untuk mengkaji semua polisi gangguan seksual serta beberapa penerangan yang berkaitan gangguan serta aduan.
  • Mewujudkan suasana pekerjaan yang tidak mendiskriminasikan lelaki atau perempuan.
  • Tiada toleransi jika ada yang menyalahkan kuasa untuk memuaskan nafsu sendiri.
  • Sentiasa memantau keadaan tempat kerja.

Pekerja

  • Pekerja mesti bertindak dengan yakin, tegas dan berani supaya tidak menjadi sasaran seterusnya.
  • Beri bantuan dan sokongan kepada rakan sekerja sekiranya mengalami masalah gangguan sosial.
  • Jaga adab pergaulan dan ketahui batas ketika bekerja.
  • Tidak melayan gurauan dan usikan yang berbentuk seksual.
  • Berterus-terang dan tidak mendiamkan diri.
  • Berpakaian dengan sopan dan tidak terlalu seksi terutamanya bagi kaum wanita untuk mengelakkan gangguan seksual daripada orang lain.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Mengalami Gangguan Seksual Di Tempat Kerja?

Tindakan

Sekiranya anda tidak senang dengan gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja, sila ambil tindakan berikut :

  • Lapor Kepada HR :  Anda berhak membuat laporan gangguan seksual terus kepada Bahagian HR supaya mereka mengambil tindakan secepat mungkin untuk mengelakkan perkara ini terus berlaku lagi.
  • Lapor Kepada Polis : Jika anda rasa tidak selesa dan perlakuan tersebut melampaui batasan, terus laporkan kepada pihak Polis supaya pihak Polis boleh membuat tindakan mengikut undang-undang.  [Akta Kerja 1955]
  • Rekod Maklumat : Rekodkan maklumat berkaitan gangguan seksual yang dialami seperti tempat berlaku, masa, tarikh, pelaku, bentuk gangguan serta perkara yang berkaitan.
  • Simpan Bukti : Jangan padam bukti-bukti gangguan dalam bentuk mesej, whatsapp, emel, hadiah, lukisan atau perkara yang menunjukkan gangguan seksual kepada mangsa.
  • Berkongsi : Kongsikan dengan rakan anda atau rakan sekerja yang boleh dipercayai. Dapatkan sokongan dan kepercayaan dari mereka. Jangan berdiam diri kerana dikhuatiri pemangsa akan melakukannya kepada orang lain.
  • Hentikan Segera : Anda mampu hentikan dengan segera dengan menegakkan kebenaran. Pastikan anda mempunyai bukti yang cukup dan kukuh supaya di ambil tindakan tatatertib oleh pihak berwajib.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Mengalami Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Aduan

Sila hubungi Jabatan Pembangunan Wanita di talian KASIH 15999 untuk bantuan dan khidmat kaunseling.

close-image