Info Kerjaya Malaysia

Gaji RM2000 Sebulan Ditawarkan Pasar PJ Old Town Kepada 1000 Warga Tempatan

2,509

Jika pandemik Covid-19 ini menyebabkan ramai yang kehilangan kerja, namun disebalik perkara yang berlaku ini terdapat 1000 kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh Pasar PJ Old Town kepada warga tempatan.

Naib Presiden Persatuan Pasar Jalan Othman, Raja Ratnam mengatakan bahawa sebelum ini, pasar Bandar Lama PJ ini bergantung kepada pekerja asing tetapi kebanyakan mereka baru-baru ini telah ditahan oleh Jabatan Imigresen, jadi mereka kini ingin membuka ruang untuk warga tempatan dan mereka juga bersedia untuk membayarnya lebih tinggi daripada gaji minimum.

Tawaran Gaji

Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM2000 kepada setiap pekerja di Pasar PJ Old Town. Gaji juga dibayar secara harian iaitu sebanyak RM70-RM80 sehari kerana melibatkan waktu kerja awal pagi dan perlu membuat kerja yang berat.

Gaji RM2000 Sebulan Ditawarkan Pasar PJ Old Town Kepada 1000 Warga Tempatan

Cara Memohon

Jika anda berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda perlu hadir temuduga di Pasar PJ Old Town sambil melihat persekitaran pasar.

Namun disebabkan situasi kini yang tidak menentu dan semakin ramai yang mengganggur atau dibuang kerja. Ratnam menyatakan bahawa ini adalah peluang yang perlu diambil bagi mendapatkan pekerjaan di salah sebuah dari 500 gerai yang ada di pasar ini.

Faedah Untuk Pekerja

Sekiranya anda dipilih untuk bekerja, faedah yang disediakan kepada anda ialah caruman PERKESO dan caruman wang KWSP.

Had Umur

Tiada had umur minimum atau maksimum untuk memohon pekerjaan ini.

Gaji RM2000 Sebulan Ditawarkan Pasar PJ Old Town Kepada 1000 Warga Tempatan

Secara tidak langsung, pihak majikan tidak lagi terus bergantung kepada khidmat tenaga pekerja asing untuk bekerja di pasar borong dan inilah masanya untuk warga tempatan bekerja di pasar borong seterusnya membantu meningkatkan ekonomi negara.

close-image