Info Kerjaya Malaysia

Elaun Latihan RM4000 Bagi Penganggur Boleh Dituntut Dari PERKESO

15,657

Kerajaan perkenal Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi, merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion – PM @MuhyiddinYassin

Bagi membantu dan menggalakkan penganggur meningkatkan kemahiran, elaun latihan sehingga RM4,000 boleh dituntut daripada PERKESO oleh mereka yang hilang pekerjaan, walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan.

Selain itu, di bawah merupakan antara pengumuman utama yang disebutkan oleh PM sebentar tadi.

  • Program MY30 akan diperkenalkan untuk pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang, berkuatkuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020 – PM @MuhyiddinYassin
  • 300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha – PM @MuhyiddinYassin
  • Kerajaan akan tubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia – PM @MuhyiddinYassin
  • Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan – PM @MuhyiddinYassin
  • Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS – PM @MuhyiddinYassin
  • Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat – PM @MuhyiddinYassin
  • Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang – PM @MuhyiddinYassin
  • Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan – PM @MuhyiddinYassin
  • Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta
  • Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah
  • Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah
  • Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai
  • Smart Automation Grant diperuntukkan berjumlah RM100 juta dan setiap syarikat yang layak akan terima geran sehingga RM1 juta
  • Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021
  • Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020

Maklumat penuh akan pihak kami update sebentar lagi. Sedang dikemaskini

Maklumat penuh akan pihak kami update sebentar lagi.

 

close-image