Info Kerjaya Malaysia

Arahan Rasmi Penguatkuasaan Kadar Minimum Elaun Bulanan Peserta SL1M Dari RM1500 ke RM2000 Sebulan

361

Berita baik Khas untuk graduan menganggur yang berminat menyertai Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) atau program SL1M. Arahan rasmi penguatkuasaan kadar minimum elaun bulanan peserta/pelatih Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) kepada RM2000 daripada RM1500 sebelum ini berkuatkuasa 1 Mac 2018.

Ini bermakna, mana-mana syarikat yang telah dan sedang melaksanakan program SL1M sebelum 1 Mac 2018 adalah diwajibkan untuk menaikkan kadar minimum elaun bulanan Peserta SL1M dari RM1500 kepada RM2000 bermula elaun bulan Mac 2018.

Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan:

Arahan Rasmi Penguatkuasaan Kadar Minimum Elaun Bulanan Peserta SL1M Dari RM1500 ke RM2000 Sebulan

APA ITU SL1M?

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah dilancarkan pada 1 Jun 2011 adalah satu program kebolehpasaran yang bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

KUMPULAN SASARAN SL1M

i – Graduan menganggur yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman.
ii – Graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang diperolehi.

STRUKTUR LATIHAN SL1M

Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills Training dan On-The-Job Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan diberi pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar. Jangka masa bagi latihan adalah bergantung kepada keperluan pihak syarikat yang melatih namun tempoh maksimum adalah selama 12 bulan.

Sepanjang program latihan SL1M inilah pelatih akan menerima elaun RM2000 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

PROGRAM SL1M YANG ANDA BOLEH SERTAI SEKARANG

Di bawah merupakan senarai program SL1M yang boleh anda mohon segera untuk kemasukan akan datang

close-image