Info Kerjaya Malaysia

BPN Download Borang Rayuan BPN Hasil & Senarai Dokumen Sokongan Bagi Rayuan

12,544

Pemohon boleh membuat rayuan BPN bagi pertimbangan semula Bantuan Prihatin Nasional dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan yang anda alami.

Untuk makluman terdapat aduan dari pemohon yang tidak lulus BPN atau BPN ditolak adalah dari pemohon yang kehilangan pekerjaan atau telah mengalami pengurangan pendapatan yang ketara.

Ini bermakna terdapat pemohon yang layak terima tetapi ditolak akibat kekurangan maklumat.

Untuk rayuan bagi pemohon BPN gagal kali ini boleh dibuat melalui email terus ke bahagian rayuan BPN melalui email ke LHDN ([email protected]) atau hadir di mana-mana pejabat LHDN.

Anda boleh download borang-borang di bawah bagi mengemukakan permohonan rayuan BPN Hasil anda.

SENARAI BORANG BPN

Untuk download klik pautan yang disediakan.

TEMPOH RAYUAN BARU BPN MEI 2020

Tempoh permohonan rayuan bagi BPN dilanjutkan sehingga 31 Mei manakala pejabat LHDN akan dibuka bermula 11 Mei atau 12 Mei berdasarkan hari bekerja di setiap negeri bagi menerima rayuan tersebut.

Rayuan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi memastikan mereka yang menepati syarat BPN akan menerima bantuan tersebut.

BAGAIMANA MEMBUAT RAYUAN MEI?

Untuk rayuan bagi pemohon BPN gagal kali ini boleh dibuat melalui email terus ke bahagian rayuan LHDN melalui email ke ([email protected]) atau hadir di mana-mana pejabat LHDN.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dan download borang berkaitan BPN dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://bpn.hasil.gov.my.

close-image