Info Kerjaya Malaysia

Cara Nak Diskaun 50% Bil Elektrik TNB Rumah Anda Selama 6 Bulan. Ikut Langkah Ini

10,781

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemberian diskaun tambahan kepada pengguna elektrik domestik di Semenanjung Malaysia.

Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) menambah peruntukan sebanyak RM530 juta untuk memberikan diskaun elektrik antara 15 peratus hingga 50 peratus kepada pengguna.

Diskaun bil elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat  ini adalah diberikan untuk tempoh enam bulan mulai penggunaan elektrik 1 April sehingga 30 September 2020 untuk semua kadar diskaun.

Lihat cara untuk dapatkan kadar diskaun sehingga 50% di perkongsian bawah.

CARA DAPATKAN DISKAUN 50% BIL ELEKTRIK SELAMA 6 BULAN

Untuk mendapatkan diskaun 50% bil elektrik selama 6 bulan, apa yang perlu anda lakukan adalah memastikan penggunaan elektrik rumah anda tidak melebihi 200kWh atau RM43.60 sebulan.

Penerangan ringkas diskaun bil elektrik TNB di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN ini adalah seperti di bawah.

Pengiraan kadar diskaun bil elektrik setiap bulan adalah dilakukan berdasarkan kadar kWh yang digunakan mengikut kadar berikut:

  • Jika anda menggunakan 200 kWh ke bawah sebulan, anda akan terima diskaun 50%
  • Jika anda menggunakan antara 201 – 300 kWh sebulan, anda akan terima diskaun 25%
  • Jika anda menggunakan antara 301 – 600 kWh sebulan, anda akan terima diskaun 15%
  • Jika anda menggunakan lebih 600 kWh sebulan, anda akan terima diskaun 2%

Untuk menyemak kadar penggunaan kWh elektrik anda, anda boleh semak pada bil elektrik anda di bahagian dalam kotak merah di bawah.

CARA-CARA JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DI RUMAH

1. Mencabut Plug Selepas Gunakan Alat Elektrik

Selepas menonton TV, Mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya wayar extension digunakan, cabut sekali plug wayar tersebut jika ia tidak digunakan.

Untuk penjimatan yang lebih bagus, anda juga boleh mencabut plug Wifi di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya

2. Tidak Menggunakan Alat-alat Pemanas Elektrik

Antara pemanas elektrik yang dimaksudkan yang sering digunakan oleh orang adalah pemasak nasi elektrik, cerek air elektrik dan water dispenser. Bagi tujuan memasak, anda digalakkan guna gas api. Tanak nasi menggunakan periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air.

3. Kurangkan Penggunaan Penghawa Dingin

Tabiat ramai orang adalah gemar membuka penghawa dingin hingga 16 darjah celcius untuk waktu yang lama dan membiarkan sahaja penghawa dingin tersebut tanpa menggunakannya.

Anda boleh jimatkan penggunaakan elektrik dengan menggunakan penghawa dingin pada waktu siang sahaja dan buka pada suhu 23 hingga 25 darjah celcius untuk 30 minit sahaja sebelum menggunakan kipas.

4. Gunakan Penebat Haba (Insulation)

Fungsi penebat haba ini ialah untuk mengurangkan haba memasuki rumah sekaligus menyejukkan dalaman rumah. Jika dalaman kediaman sejuk, tidak perlulah anda kerap menggunakan penghawa dingin dan kipas. Kos untuk memasang penebat haba ini tidaklah terlalu mahal dan bergantung kepada bajet anda.

Antara jenis penebat haba yang boleh anda gunakan ialah Roofing Insulation dan Cat Insulation.

5. Gosok Baju Dalam Jumlah Yang Banyak Setiap Seminggu Sekali

Pastikan anda gosok baju dalam jumlah yang banyak sekali gus sekurang-kurangnya seminggu sekali sahaja. Anda tidak perlu gosok baju setiap hari kerana ini akan menyebabkan penggunaan elektrik bertambah. Jika anda gosok seminggu sekali secara tidak sedar sebenanrnya dapat kurangkan penggunaan elektrik.

6. Tanam Pokok Di Dalam Dan Luar Rumah

Pokok difahamkan dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah biasanya berada pada suhu yang rendah. Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki. Selain itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida.

Semakin jimat penggunaan elektrik anda, semakin tinggi kadar diskaun yang akan anda terima daripada TNB. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi kesedaran untuk anda lebih berjimat dalam penggunaan elektrik untuk dapatkan kadar diskaun yang lebih tinggi.

close-image