Info Kerjaya Malaysia

Denda RM300,000 Jika Gagal Rekod Data Pelanggan Mengikut SOP

1,708

Denda RM300,000 Jika Gagal Rekod Data Pelanggan Mengikut SOP

Semua pemilikpremis perniagaan terutamanya perlu mengikut SOP yang telah diberikan oleh pihak kerajaan untuk mengelak daripada dikenakan denda. Denda yang dikenakan adalah sehingga RM300,000 sekiranya gagal mengikut arahan tersebut.

Pemantauan Oleh Penguatkuasa Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia memaklumkan, anggota penguatkuasanya akan menjalankan pemantauan bagi menilai tahap pematuhan premis perniagaan kepada tatacara pengendalian aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyimpanan data peribadi.

“Kegagalan bagi mana-mana premis perniagaan untuk mematuhi perkara ini, dan sekiranya disabitkan di bawah Akta 709, boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.”

Untuk pengetahuan semua, pengumpulan data peribadi pengunjung atau pelanggan di premis perniagaan perlulah dibuat berdasarkan kepada keperluan yang minimum dan tidak berlebihan.

Maklumat Pelanggan Mengikut SOP

Maklumat yang perlu diambil oleh pelanggan adalah :

  • Nama
  • Nombor telefon
  • Tarikh dan masa ketibaan pelanggan

Kaedah bagi pengumpulan data peribadi ini tertakluk kepada premis perniagaan sama ada ia direkodkan secara manual atau digital.

Para pemilik premis juga digalakkan untuk meletakkan notis yang jelas sebagai makluman kepada pelanggan berhubung tujuan pengumpulan data peribadi mereka. Notis berkenaan perlu ditempatkan pada ruangan yang jelas dilihat oleh pengunjung atau pelanggan premis perniagaan.

Denda RM30,000 Jika Gagal Rekod Data Pelanggan Mengikut SOP

Jadi, sebagai pemilik premis, sila patuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh kerajaan agar tidak didenda oleh  Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

close-image