Info Kerjaya Malaysia

RM50,000 Denda Jika PM Tepi & Tiada Maklumat Harga

1,364

PM Tepi Dan Tidak Pamer Harga

Menjadi satu kesalahan sekiranya peniaga online yang tidak mempamerkan harga serta maklumat lengkap produk dan perkhidmatan yang dijual secara online.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyatakan bahawa pihaknya telah mengenakan kompaun kepada sebuah syarikat akibat tidak mempamerkan maklumat yang berkaitan.

Jumlah Denda

Jumlah denda atau kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM50,000.

Konsep ‘PM Tepi’ menjadi satu kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa (KPDNHEP) Selangor, Azman Adam

Boleh PM Tepi Mengikut Syarat

Kaedah PM Tepi boleh dilakukan dengan dengan mengikut syarat yang telah diberikan oleh KPDNHEP dengan memasukkan maklumat berikut :

  • Nama penjual/syarikat
  • Nombor pendaftaran perniagaan
  • Keterangan produk
  • Terma dan syarat
  • Harga yang perlu dibayar
  • Maklumat untuk dihubungi
  • Kaedah pembayaran
  • Anggaran masa penghantaran

Aduan Pengguna Online Tidak Pamer Harga

Sekiranya anda sebagai pengguna dan tidak berpuas hati dengan peniaga yang tidak mempamerkan harga produk atau perkhidmatan yang diiklankan secara online, anda boleh membuat aduan secara online di laman rasmi KPNHEP seperti langkah-langkah berikut :

RM50,000 Denda Jika PM Tepi & Tiada Maklumat Harga

  • Klik ADUAN KEPENGGUNAAN.
  • Buat pendaftaran.
  • Isi maklumat dan klik DAFTAR.
  • LOG MASUK dan klik ADUAN BARU.
  • Pilih KATEGORI “HARGA” dan SUB KATEGORI “TIADA TANDA HARGA”.
  • Isikan maklumat dan klik SIMPAN & SETERUSNYA.

RM50,000 Denda Jika PM Tepi & Tiada Maklumat Harga

  • Tunggu keputusan aduan anda.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sila hubungi KPDNHEP untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai peraturan ini melalui saluran berikut :

  • KPDNHEP Toll Free : 1-800-886-800
  • KPDNHEP Hotline

RM50,000 Denda Jika PM Tepi & Tiada Maklumat Harga

close-image