Info Kerjaya Malaysia

Cara Daftar SPA9 : Login Dan Kemaskini Permohonan

51,631

Cara Daftar SPA9 : Login Dan Kemaskini Permohonan

Seperti yang dinyatakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, 28 September ini semua pencari kerja yang mendaftar melalui sistem SPA8i perlu memohon melalui sistem baru yang dinaiktaraf iaitu SPA9.

Permohonan melalui SPA9 masih lagi sama seperti SPA8i dan terdapat sedikit perubahan seperti yang dikongsikan ini.

Cara Login Ke SPA9

Untuk login ke SPA9 ialah :

Cara Daftar SPA9 : Login Dan Kemaskini Permohonan

  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda.
  • Masukkan KATA LALUAN dan klik LOG MASUK.
  • Kemudian isikan maklumat yang diperlukan.
  • Isikan 15 jawatan yang dipohon.
  • Pendaftaran dan permohonan anda siap.

Cara Daftar SPA9 : Login Dan Kemaskini Permohonan

  • Bagi permohonan yang aktif pada sistem SPA8i, anda perlu membuat PENDAFTARAN BAHARU untuk dapatkan ID dan KATA LALUAN yang baru.
  • Seterusnya, kemaskini semula MAKLUMAT PERIBADI, MAKLUMAT AKADEMIK dan maklumat yang berkaitan di sistem SPA9.

Cara Daftar SPA9 : Login Dan Kemaskini Permohonan

  • Namun, segala maklumat berkaitan PERMOHONAN YANG TELAH DIDAFTARKAN, STATUS PERMOHONAN SEMASA dan STATUS PERMOHONAN JAWATAN YANG PERNAH DIMOHON dikekalkan dalam sistem SPA9.

Info Ringkas SPA9

Sedikit info ringkas mengenai SPA9 adalah seperti :

  • Pemohon adalah dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu maklumat Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas dan Panduan Pengguna SPA9 sebelum mengemukakan permohonan dalam SPA9.
  • Pendaftaran pekerjaan melalui SPA9 hanya terhad kepada permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis di mana kuasa pelantikan adalah terletak di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Cara Pendaftaran Pekerjaan Dan Kemaskini Permohonan Dalam SPA9

  • Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);
  • Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran;
  • Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower iaitu :

a. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

b. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.

c. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.

  • Pendaftaran pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di Perkara 2(b)(i) dan 2(b)(iii) di atas akan terbatal dan pemohon dikehendaki untuk mengemas kini semula permohonan dalam SPA9.
  • Pemohon juga dikehendaki untuk memastikan alamat emel yang didaftarkan dalam SPA9 adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Spam Mail/ Junk Mail dalam emel bagi mengelakkan kegagalan menerima emel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ temu duga dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui emel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.

Untuk maklumat lanjut mengenai SPA9, anda boleh terus layari laman web SPA9 di SPA9 PENDAFTARAN.

close-image