Info Kerjaya Malaysia

Majikan Wajib Beri Cuti Hari Keputeraan Agong Pada 8 Jun Ini

3,805

Isnin (8 Jun) diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan berkata pengisytiharan itu dibuat di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 dan telah diwartakan pada 18 Mac lepas.

“Hari kelepasan am ini adalah termaktub sebagai hari cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja menurut Seksyen 60D (1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).

“Hari kelepasan am ini tidak boleh digantikan oleh tarikh lain dan pekerja yang diarahkan bekerja pada tarikh ini hendaklah dibayar gaji pada kadar bayaran bagi hari kelepasan am selaras dengan peruntukan Akta 265,” menurut kenyataan itu.

Sumber : Kementerian Sumber Manusia

PINDAAAN TARIKH ULANG TAHUN

Kerajaan telah bersetuju untuk meminda Tarikh Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah daripada 6 Jun kepada 8 Jun 2020 bersamaan hari Isnin.

PENGUMUMAN PINDAAN TARIKH HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Pindaan tarikh ini telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook miliknya itu, Datuk Mohd Zuki berkata kerajaan juga bersetuju bahawa Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun mulai tahun 2021 sepanjang tempoh pemerintahan.

Menurutnya lagi, Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.

close-image