Info Kerjaya Malaysia

Contoh Surat Pelepasan Perjalanan Untuk COD Barang atau Peniaga (Download Percuma)

93,160

Anda tentu dah tahu yang setiap agensi kerajaan dan majikan swasta diarah mengeluarkan surat pelepasan perjalanan kepada setiap kakitangan yang terpaksa bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Contoh Surat Pelepasan Perjalanan diperlukan bagi mengelakkan ada pihak sengaja bergerak bebas keluar tanpa alasan munasabah dengan segelintirnya mendakwa perlu memenuhi tuntutan bekerja.

Bagi kakitangan awam, surat pelepasan perjalan akan dikeluarkan oleh setiap kementerian terlibat. Manakala bagi pekerja sektor swasta boleh mendapatkan dari majikan masing-masing.

SURAT PELEPASAN PERJALANAN UNTUK PENIAGA & COD BARANG

Bagaimana pula dengan peniaga atau pekerja anda yang selalu membuat penghantaran dan COD barangan untuk anda.

Dah tentu anda memerlukan surat pelepasan perjalanan bukan. Tanpa surat ini anda atau pekerja anda tidak boleh bergerak bebas sesuka hati. Tambahan pula dalam Fasa Ke 3 PKP yang membolehkan polis terus menahan reman anda.

Dengan surat pelepasan perjalanan ini dah tentu urusan anda akan lebih mudah.

CONTOH SURAT PELEPASAN PERJALANAN UNTUK PENIAGA & COD BARANG

Kepada peniaga yang masih lagi belum mempunyai surat pelepasan ini anda boleh download contoh surat pelepasan di bawah sebagai rujukan anda.

Download surat di atas, edit dan masukkan maklumat perniagaan dan nama pekerja anda jika pekerja anda yang membuat segala urusan bagi pihak anda. Lampirkan juga salinan SSM anda bersama-sama dengan surat untuk memudahkan lagi urusan anda dengan pihak berkuasa.

Pastikan anda membuat dua salinan dan berikan satu salinan untuk disimpan oleh pihak polis. Jika pekerja anda yang buat delivery, buat surat untuk pekerja anda yang ada letterhead company.

DOWNLOAD CONTOH SURAT

Anda boleh download contoh surat di atas melalui pautan di bawah.

Selepas download anda boleh edit dengan maklumat anda selengkap mungkin.

Setelah itu bawa surat yang dah lengkap ke balai berhampiran untuk mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa.

KLIK DOWNLOAD CONTOH SURAT

close-image