Contoh Format Surat Rasmi Untuk Kegunaan Jabatan Awam Dan Individu. Rujuk Format Sebenar Ini

Surat Rasmi

Surat rasmi merupakan surat yang sering digunakan di dalam jabatan-jabatan kerajaan dan juga syarikat swasta untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-hal rasmi.

Surat rasmi juga menggunakan format tertentu, penggunaan bahasa serta huruf yang betul. Format penulisannya adalah selaras dan boleh digunapakai oleh semua individu atau syarikat.

Tujuan Surat Rasmi

Tujuan surat rasmi ditulis adalah untuk :

  • Menyampaikan maklumat,
  • Menyampaikan arahan,
  • Membuat pertanyaan,
  • Membuat permohonan
  • Membuat rayuan
  • Membuat jemputan rasmi
  • Meminta kebenaran
  • Perkara yang melibatkan urusan rasmi

Format Surat Rasmi

Berikut adalah format surat rasmi yang boleh dijadikan contoh untuk kegunaan anda.

Contoh Format Surat Rasmi Untuk Kegunaan Jabatan Dan Individu

Sumber : Arkib Negara

Format ini diseragamkan untuk memudahkan pengirim dan penerima memahami mesej yang disampaikan dan perlu disediakan dengan tepat dan betul.

Hal ini kerana ia perlu memathui persekitaran perundangan dan standard kualiti kerana ia merakamkan setiap transaksi dan aktiviti rasmi yang menjadi bahan bukti pengurusan pentadbiran sebuat jabatan awam.

Rujukan

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai surat rasmi ini, anda boleh rujuk kepada buku Panduan Pengurusan Rekod Sektor Awam muka surat 14-37.

You might also like
close-image