Info Kerjaya Malaysia

Cara Semak Senarai Hitam Imigresen Secara Online Sebelum Keluar Negara Kalau Tak Nak Kena “Sekat”

3,169

Senarai hitam atau blacklist dikenakan kepada mana-mana peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman.

Selain daripada membuat sebarang pinjaman rumah, kad kredit, kereta dan sebagainya yang melibatkan komitmen. Rasanya ramai yang dah tahu jika anda disenarai hitamkan oleh PTPTN, anda tidak boleh ke luar negara dan disenarai hitamkan oleh pihak Imigresen.

Semakan perlulah dibuat dari semasa ke semasa agar tidak mengganggu perjalanan anda, jika terdapat sebarang tindakan blacklist dikenakan ke atas anda anda boleh segera selesaikannya sebelum anda keluar negara.

Kegagalan membayar balik pinjaman PTPTN akan dikenakan tindakan Imigresen seperti tidak dapat memperbaharui passport dan dihalang ke luar negara.

Selain itu, semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik selepas 6 bulan tamat tempoh pinjaman juga akan disenaraikan di dalam CCRIS.

Jadi nak tahu bagaimana lakukan semakan senarai hitam Imigresen secara online? Pastikan anda ikut langkah di bawah dan jom semak status anda sekarang!

 

Cara Semak Senarai Hitam Imigresen Secara Online

Berikut kami kongsikan cara membuat semakan senarai hitam Imigresen secara online.

Sila ke laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di http://sspi.imi.gov.my/sspi/

Cara Semak Senarai Hitam Imigresen Secara Online

2. Masukkan No Kad Pengenalan Anda di Ruangan “Nombor Kad Pengenalan” Yang Disediakan.

Masukkan No Kad Pengenalan Cara Semak Senarai Hitam Imigresen Secara Online

3. Selepas Itu Klik Butang “Semak”

Semakan Status Perjalanan

4. Jika Keputusan Semakan Blacklist Menunjukkan “Tiada Halangan” Maka Anda Bebas Untuk Keluar Negara. Namun, jika

Tiada Halangan Blacklist Ke Luar Negara

5. Keputusan Menunjukan Status “Sila Rujuk Ke Pejabat Imigresen Terdekat” Maka Anda Telah di Senarai Hitam!

Semakan Status Perjalanan Halangan

Sekiranya terdapat status halangan seperti di atas, pastikan anda pejabat PTPTN terdekat atau mana-mana institusi kewangan yang anda mempunyai komitmen untuk menyelesaikan segala isu berkaitan pinjaman anda.

Selepas itu barulah anda boleh ke luar negara dengan senang hati. Jadi buat semakan segera melalui pautan yang disediakan.

close-image