Info Kerjaya Malaysia

Cara Mohon Perumahan Program Rakyat PPR Secara Online Melalui SPRN

7,555

Mohon Perumahan Program Rakyat PPR Secara Online Melalui SPRN

Tahukah anda bahawa Perumahan Program Rakyat PPR boleh dimohon secara online? Manakala permohonan online ini boleh dipohon melalui Sistem Pegurusan Perumahan Negara (SPRN).

Untuk pengetahuan anda, PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah dan dikendalikan oleh Jabatan Perumahan Negara.

2 Kategori Projek PPR

Terdapat 2 jenis kategori Projek PPR iaitu :

  • PPR Disewa : Bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
  • PPR Dimiliki : Bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Ciri-Ciri Rumah PPR

Rumah yang dibina menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005).

Ciri-ciri PPR

  • Jika PPR berada di kawasan bandar-bandar besar : Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.
  • Jika PPR berada di kawasan kawasan pinggir bandar : Jenis rumah teres.
  • Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air.

Pihak KPKT juga menyediakan kemudahan asas kepada penghuni seperti :

  • Dewan Komuniti / Ruang Orang Ramai.
  • Surau / Ruang Solat.
  • Gerai Makan / Ruang Niaga.
  • Tadika.
  • Kemudahan OKU.
  • Taman Permainan / Kawasan Lapang.
  • Rumah Sampah.

Syarat Permohonan Rumah PPR Disewa & Dimiliki

Berikut adalah syarat untuk memohon rumah PPR Disewa dan Dimiliki :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan.
  • Pemohon belum memiliki rumah.
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Senarai Semak Projek PPR

Anda boleh membuat semakan projek PPR di pautan berikut :

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan melalui SPRN, klik pautan dibawah :

Cara Mohon Perumahan Program Rakyat PPR Secara Online Melalui SPRN

  • Anda akan mendapat emel untuk verifikasi dan klik pautan yang diberikan.

Cara Mohon Perumahan Program Rakyat PPR Secara Online Melalui SPRN

  • Masukkan kata laluan seperti yag diminta.
  • Login seperti biasa akaun anda.
  • Anda akan lihat paparan seperti dibawah.

Cara Mohon Perumahan Program Rakyat PPR Secara Online Melalui SPRN

  • Pilih skim yang anda mahukan.

Cara Mohon Perumahan Program Rakyat PPR Secara Online Melalui SPRN

  • Pilih Ya jika anda pasti untuk memilih skim tersebut dan Tidak jika tidak pasti.
  • Isikan maklumat anda seperti yang diminta dengan betul.

Cara Mohon Perumahan Program Rakyat PPR Secara Online Melalui SPRN

  • Klik Simpan setelah siap mengisi maklumat anda.
  • Kemudian anda akan dibawa ke bahagia maklumat projek, dokumen sokongan dan pengesahan.
  • Klik disini untuk PANDUAN PERMOHONAN RUMAH PPR yang lebih lengkap.

Maklumat Lanjut Mengenai Rumah PPR

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan rumah PPR, anda boleh klik pautan berikut :

close-image