Info Kerjaya Malaysia

Faedah Kepada Waris Penjawat Awam Sehingga RM150,000 Melalui Ex-Gratia Kematian

1,578

Ex-Gratia Kematian

Ex-Gratia Kematian adalah pemberian Kerajaan kepada tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan dan diperkenalkan oleh Perkhidmatan Awam mulai 1 Januari 2020.

Tujuan Ex-Gratia Kematian

Tujuan Ex-Gratia Kematian adalah bagi membantu tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam tempoh tidak lebih 240 bulan perkhidmatan.

Kelayakan Ex-Gratia Kematian

Kelayakan bagi faedah Ex-Gratia adalah :

  • Penjawat Awam sama ada sementara atau tetap yang memilih Skim Pencen atau Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Penjawat Awam ini merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada balu/ duda/ anak/ ibu/ bapa yang layak. Walau bagaimanapun, Ex-Gratia Kematian ini tidak diberikan kepada kes-kes kematian yang disahkan akibat daripada membunuh diri.

Jumlah Pemberian Ex-Gratia Kematian

Pemberian Ex-Gratia Kematian adalah berasaskan kepada tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira mengikut tempoh perkhidmatan mengikut bulan seperti berikut :

  • Kurang daripada 60  :  pembayaran sebanyak RM150,000.
  • 61 hingga 120 : pembayaran sebanyak RM100,000.
  • 121 hingga 180 : pembayaran sebanyak  RM75,000.
  • 181 hingga 240 : pembayaran sebanyak  RM50,000 .

Faedah Kepada Waris Penjawat Awam Sehingga RM150,000 Melalui Ex-Gratia Kematian

Kaedah Pembayaran

Pembayaran Ex-Gratia Kematian dibuat secara sekaligus kepada waris yang layak.

Permohonan Waris Untuk Pemberian Ex-Gratia Kematian

  • Pemberian Ex-Gratia Kematian kepada penjawat awam yang memilih skim pencen akan diproses bersekali dengan permohonan faedah persaraan terbitan.
  • Bagi penjawat awam yang memilih Skim KWSP, permohonan perlu dikemukakan oleh Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tatacara permohonan dan borang berkaitan diperincikan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2019.

Syarat Penerimaan Faedah Ex-Gratia Kematian

Syarat untuk menerima faedah Ex-auGratia Kematian ialah :

  • Penjawat awam yang berstatus tetap atau sementara yang memilih Skim Pencen ataupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  • Penjawat awam ini merangkumi :
    a) Perkhidmatan Awam Persekutuan
    b) Perkhidmatan Negeri
    c) Pihak Berkuasa Berkanun
    d) Pihak Berkuasa Tempatan
  • Syarat penerimaan Ex-Gratia Kematian adalah :
    a) Balu/duda yang layak
    b) Anak
    c) Ibu/bapa yang layak
  • Pembahagian Syer
    a) 9/10 syer (90%) : Dibayar kepada balu, duda dan anak-anak bawah 21 tahun.
    b) 1/10 syer (10%) : Dibayar kepada ibu jika ibu meninggal, akan dibayar kepada bapa.

Info Lanjut & Pertanyaan

Jika anda mempunyai pertanyaan dan info lanjut mengenai Ex-Gratia di :

close-image