Cara Mendaftar Medical Cards CUEPACSCARE Khas Untuk Penjawat Awam
Khas buat anda semua yang bergelar penjawat awam di negara ini, tahukah anda bahawa terdapat banyak manfaat dan inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan buat anda. Salah satunya adalah Medical Cards CUEPACSCARE.
Namun, tahukah anda apa itu CUEPACSCARE?
CUEPACSCARE adalah salah satu inisiatif yang berbentuk pelan insuran ataupun medical card yang dicarum oleh penjawat awam dengan bayaran sebanyak RM90.10 setiap bulan bagi satu keluarga.
Skim ini mulai popular apabila seorang penjawat awam telah menularkan bagaimana beliau hanya membayar RM72 untuk bil hospital walhal jumlah sebenarn harga bil tersebut mencecah RM4000 ke atas. Namun, beliau hanya perlu membayar RM72 dan jumlah selebihnya ditanggung oleh CUEPACSCARE.
Satu lagi persoalan yang menjadi tanda tanya buat anda adalah adakah anda layak memohon CUEPACSCARE sekiranya anda mempunyai medical card yang lain seperti Prudential, Great Eastern, AIA dan sebagainya. Jawapannya adalah ya. Anda masih layak mencarum CUEPACSCARE walaupun anda sudah mempunyai medical card yang lain.
Sekiranya anda adalah pemegang medical card syarikat lain seperti Prudential contohnya, sudah pasti anda lebih selesa bergantung kepada medical card ini kerana prosesnya lebih mudah dan nilai tuntutan juga mungkin lebih tinggi. Namun, anda sangat dinasihatkan untuk merebut peluang perlindungan insurans CUEPACSCARE yang mendapat subsidi kerajaan ini.
HARGA CARUMAN SETIAP BULAN
Bagaimana pula dengan harga carumannya? Berapakah yang perlu anda keluarkan setiap bulan untuk mencarum CUEPACSCARE ini? Jangan risau! Nilai caruman bagi skim ini berpatutan dan tidaklah terlalu tinggi. Berikut merupakan harganya.
- Harga Caruman CUEPACSCARE: RM90 setiap bulan.
CARA MENDAFTAR MEDICAL CARDS CUEPACSCARE
Untuk mendaftar Medical Cards CUEPACSCARE ini, anda bolehlah mendapatkan borang permohonan yang boleh didownload secara online melalui portal rasmi CUEPACSCARE. Berikut kami sediakan langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk mendaftar Medical Cards CUEPACSCARE.
1.) Layari laman web rasmi CUEPACSCARE. Sila klik yang kami sediakan di bawah.
- Laman web rasmi CUEPACSCARE: Sila Klik Sini
2.) Klik pada MUAT TURUN dan pilih BORANG PERMOHONAN CUEPACSCARE. Seterusnya, print borang tersebut serta isi dengan betul dan lengkap.
3.) Sertakan bersama BORANG BIRO ANGKASA BPA 1/79 yang disahkan oleh majikan.
*Borang Biro Angkasa BPA1/79 boleh didapati di jabatan anda ataupun emelkan butiran anda kepada [email protected] untuk pihak CUEPACS poskan kepada anda.
4.) Sertakan salinan kad pengenalan anda dan sekiranya anda memilih pelan keluarga, sertakan kad pengenalan pasangan dan anak-anak anda. Jika anda memiliki anak angkat, sertakan salinan sijil dari JPN.
5.) Sertakan slip gaji anda yang terkini.
6.) Poskan borang tersebut serta kesemua dokumen sokongan anda kepada alamat berikut.
- MEDICARE ASSISTANCE Sdn Bhd
A-1-8 Pusat Perdagangan Intania
Jalan Intan 1 KS/1, Persiaran Raja Muda Musa
41200 Klang Selangor
MAKLUMAT LANJUT TENTANG CUEPACSCARE
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan serta memerlukan maklumat lanjut tentang Medical Cards CUEPACSCARE ini, bolehlah menghubungi pihak CUEPACSCARE di talian yang disediakan di bawah.
- Alamat:
MEDICARE ASSISTANCE Sdn Bhd
A-1-8 Pusat Perdagangan Intania
Jalan Intan 1 KS/1, Persiaran Raja Muda Musa
41200 Klang Selangor
- Emel: [email protected]
- Talian: 03-33714248
- Faks: 03-33714258
Jadi, kepada semua penjawat awam di Malaysia, jangan sesekali lepaskan peluang ini. Nikmatilah skim perlindungan insurans CUEPACSCARE ini sebagai inisiatif daripada kerajaan buat anda.