Cara Membuat Aduan Merokok Di Premis Makanan. Rujuk Sini
Cara Membuat Aduan Merokok Di Premis Makanan
Anda mungkin tidak suka dengan orang merokok tanpa memikirkan orang lain terutamanya ketika berada di premis makanan seperti kedai makan, warung dan restoren. Agak terganggu dengan asap-asap yang menyakitkan hidung dan ketika menikmati makanan yang lazat sekeluarga. Tambahan pula anda mempunyai anak kecil dan tidak mahu terdedah dengan menghidu asap rokok.
Jika rasa rasa terganggu dengan perokok yang merokok di premis perniagaan, anda boleh membuat aduan seperti yang akan dikongsikan ini.
Cara Membuat Aduan Merokok
Bagaimanakah caranya untuk membuat aduan merokok di premis makanan? Ini caranya :
- Nyatakan jenis aduan.
- Ambil gambar kesalahan yang dilakukan seperti restoren tiada papan tanda Larangan Merokok / perokok sedang merokok dalam premis).
- Sertakan nama dan alamat premis makanan.
- Nyatakan tarikh dan masa kesalahan
Nombor Aduan Merokok
Anda juga boleh terus membuat aduan merokok di saluran berikut :
- 03-88924530 (Aduan pada waktu pejabat sahaja)
- 010-8608949 (Whatsapp / Telegram / SMS sahaja)
Untuk kerosakan kemudahan awam, sila laporkan ke PBT anda seperti yang dikongsikan dengan klik disini.