#INFORMASI ID: REF-443333

TANDAS AWAM DAN LAMPU JALAN ROSAK? LAPOR KEPADA PBT GUNA APLIKASI I-TEGUR.

AUTHOR: ZIETA ZUMIRA
UPDATED: 07 SEP 2020
READ: 2m
Tandas Awam Dan Lampu Jalan Rosak? Lapor Kepada PBT Guna Aplikasi i-Tegur
Intelligence_System_v13.0  //  Signal: Optimal Total Library: 450+ INTEL_SETS

Tandas Awam Dan Lampu Jalan Rosak? Lapor Kepada PBT Guna Aplikasi i-Tegur Mungkin kebanyakan pengguna kemudahan awam dan sebagainya ingin membuat laporan kerosakan tetapi tidak tahu cara yang mudah dan cepat untuk laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. Untuk memudahkan anda semua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan satu platform untuk orang […]

Tandas Awam Dan Lampu Jalan Rosak? Lapor Kepada PBT Guna Aplikasi i-Tegur

Mungkin kebanyakan pengguna kemudahan awam dan sebagainya ingin membuat laporan kerosakan tetapi tidak tahu cara yang mudah dan cepat untuk laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

Untuk memudahkan anda semua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan satu platform untuk orang awam membuat laporan kerosakan iaitu aplikasi i-Tegur.

Apa Itu Aplikasi i-Tegur?

Aplikasi i-Tegur ini adalah satu platform untuk orang ramai membuat aduan secara online an membolehkan PBT menyelesaikan masalah di kawasan pentadbiran masing-masing secara lebih cekap dan memberi maklumbalas dengan cepat.

Jenis-Jenis Aduan Yang Boleh Disalurkan

Terdapat beberapa jenis aduan yang boleh disalurkan melalui aplikasi i-Tegur ialah :

  • Kerosakan Jalan
  • Parkir / Binaan
  • Lampu / Lampu Isyarat
  • Tumbuhan / Rumput
  • Sampah
  • Longkang / Parit
  • Serangga / Haiwan
  • Papan Tanda / Iklan
  • Pembakaran Terbuka
  • Tandas

Cara Membuat Aduan

Untuk membuat aduan melalui aplikasi i-Tegur, anda hanya perlu muat turun aplikasi i-Tegur di telefon bimbit anda melalui :

  • GAMMA MALAYSIA
  • Google Play Store
  • App Store

Tandas Awam Dan Lampu Jalan Rosak? Lapor Kepada PBT Guna Aplikasi i-Tegur

Seterusnya,

  • KLIK DISINI untuk membuat pendaftaran.
  • Kemudian tanda klik SETUJU.
  • Masukkan maklumat yang diminta dan klik DAFTAR.

Tandas Awam Dan Lampu Jalan Rosak? Lapor Kepada PBT Guna Aplikasi i-Tegur

  • Setelah siap, LOG MASUK i-Tegur.
  • Mulakan aduan dengan klik ikon kamera.
  • Pilih kategori dan ambil gambar aduan.
  • Akhir sekali masukkan keterangan aduan dan klik HANTAR.
  • Anda akan menerima notifikasi aduan serta butiran aduan untuk semakan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai apliaksi i-Tegur, sila layari laman web KPKT i-Tegur di :

Tamat Intel_Report // REF-443333
Zieta Zumira
Verified_Intelligence_Lead

ZIETA ZUMIRA.

Penganalisis & Perancang Strategi Kerjaya. Membantu graduan memahami pasaran kerja melalui pendekatan data dan risikan terkini.

DEEP_EXPLORATION.

Total_Library

450+ INTEL_SETS