Info Kerjaya Malaysia

Cara Daftar MyBSN Online Banking 2020 Yang Ramai Pengguna Tak Tahu

16,803

Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa kini Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melancarkan perbankan online iaitu ‘MyBSN’ khas kepada pengguna-pengguna BSN.

Sebelum ini kita hanya tahu Maybank (Maybank2U dan CIMB bank (CIMBClick) mempunyai perbankan online yang diwujudkan untuk memudahkan pelanggan bagi melakukan transaksi pembayaran dan sebagainya.

Namun kini Perbankan online BSN yang diwujudkan ini juga bertujuan memudahkan dan membolehkan pengguna membuat transaksi wang tanpa perlu pergi ke mesin ATM dan membuat urusan lain juga.

Untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan MyBSN dan cara mendaftar perbankan online BSN atau MyBSN, ikuti perkongsian di bawah.

PERKHIDMATAN INTERNET BANKING MYBSN

Antara perkhidmatan yang disediakan dalam MyBSN adalah:

  • Fund Transfer
  • Balance Inquiry
  • Bill Payment
  • Credit Card Payment
  • Credit Card PIN Request
  • Report Lost/ Stolen Card
  • Prepaid Reload
  • Online Application
  • e-SSP Savings
  • Financing Payment
  • Apply for Credit Card
  • e-Statement Download

CARA PENDAFTARAN MYBSN

  1. Untuk pendaftaran MyBSN internet banking, anda perlu layari laman web rasmi BSN.
  2. Klik pada butang ‘First Time Registration’
  3. Klik Pada Butang Accept, dan seterusnya Next
  4.  Masukkan nombor kad debit/ kredit. Isikan maklumat yang diperlukan. Card Verification Value (CVV2) boleh rujuk pada kad debit /kredit anda di bahagian belakang yang tertera tiga nombor.
  5. Sekiranya anda Warganegara Malaysia, sila isikan ‘New IC Number’. Bagi yang guna passport bukan guna IC, pilih ‘Military IC/ Passport Number’.
  6. Masukkan butiran username, password, kod OTP dan online image.
  7. Pendaftaran anda telah berjaya. Tekan ‘click here’ untuk login dan masukkan username dan password anda.

Kod OTP akan dihantar ke nombor telefon yang berdaftar semasa proses pendaftaran akaun bank BSN dahulu. Jika berlaku ‘Unable to process your request’ dalam permohonan anda, sila telefon Customer Service Centre di talian 1300881900.

CARA LOG MASUK MYBSN BAGI PENGGUNA BARU

Selepas anda berjaya daftar MyBSN dengan langkah di atas, anda boleh login secara online dengan langkah di bawah:

  1. Masukkan username anda.
  2. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
  3. Masukkan kata laluan (password) yang didaftarkan.
  4. Setelah dapat akses, isikan maklumat peribadi anda.
  5. Pilih jenis soalan rahsia yang ingin jawab dan masukkan jawapan yang tepat.

Mudah kan? Dengan MyBSN kini anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke mesin CDM untuk membuat transaksi kepada orang lain. Bukan itu sahaja, pelbagai urusan lain juga boleh dilakukan dengan MyBSN. Selamat mencuba!

close-image