Info Kerjaya Malaysia

Cermin Kereta Pecah Terkena Batu Oleh Pemotong Rumput?Ini Cara Claim Dengan Kontraktor Mereka

1,719

Cermin Kereta Pecah Terkena Batu Oleh Pemotong Rumput?Ini Cara Claim Dengan Kontraktor Mereka

Jangan menangis dahulu sekiranya cermin kereta anda pecah kerana terkena batu oleh pemotong rumput. Elakkan daripada mengeluarkan duit anda sendiri untuk membaiki cermin kereta. Sebaliknya anda boleh claim duit untuk cermin kereta yang pecah akibat daripada kesilapan yang tidak disengajalan oleh pemotong rumput tersebut.

Cermin Kereta Pecah Terkena Batu Oleh Pemotong Rumput?Ini Cara Claim Dengan Kontraktor Mereka

Tips Claim Cermin Kereta Pecah Akibat Pemotong Rumput

Sebelum membuat claim, anda perlu lakukan langkah-langkah seperti berikut :

Ambil Maklumat Yang Berkaitan

Tenang dan jangan marah-marah. Jumpa mereka dengan baik seterusnya minta maklumat mereka seperti :

  • Nama pemotong rumput
  • Nama syarikat kontraktor
  • Ambil gambar cermin
  • Ambil gambar pemotong rumput
  • Ambil gambar kad pengenalan pemotong rumput

Setelah mendapat maklumat tersebut, anda hanya perlu berbincang dengan baik untuk urusan yang seterusnya.

Ini kerana syarikat kontraktor pemotong rumput wajib mengambil insurans sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Buat Semakan Bengkel Panel Insuran

Seterusnya buat semakan bengkel panel insuran. Jadi, anda boleh hantar kereta anda untuk membaiki cermin kereta anda yang retak atau pecah akibat terkena batu.

Buat Laporan Polis

Jangan lupa untuk membuat laporan polis dalam tempoh masa 24 jam. Masukkan maklumat berikut dalam laporan polis anda :

  • Nama pemotong rumput
  • Nombor kad pengenalan
  • Nama syarikat dan alamat
  • Tarikh dan masa kejadian
  • Nama jalan serta kawasan dimana kejadian berlaku

Setelah siap, bawa laporan polis ke bengkel panel insurans syarikat kontraktor untuk menukar cermin baru kereta anda.

Claim cermin kereta anda sudah siap. Tunggu sahaja kereta anda mendapat cermin kereta anda ditukar.

Cermin Kereta Pecah Terkena Batu Oleh Pemotong Rumput?Ini Cara Claim Dengan Kontraktor Mereka

close-image