Cara Carum EPF Bagi Pemandu Grab & Foodpanda (Jangan Lupa Carum Walau Kerja Sendiri)
Caruman EPF Bagi Pemandu Grab & Foodpanda
Bagi membantu golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap seperti penghantar makanan Foodpanda , Grab Food, pemandu Grab Car dan peniaga kecil-kecilan, pihak Kerajaan menggalakkan golongan ini untuk mencarum dalam KWSP melalui i-Saraan KWSP.
Pihak Kerajaan juga akan memberikan caruman tambahan sebanyak 15% ke atas caruman anda dan terhad kepada ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Kelayakan Caruman i-Saraan
Untuk mencarum i-Saraan KWSP, syarat kelayakan yang dikenakan ialah :
- Warganegara Malaysia.
- Bekerja sendiri.
- Ahli KWSP.
- Berumur 55 tahun ke bawah.
- Telah membuat pilihan iSaraan
Bagi anda yang telah mendaftar i-Suri, anda perlu membatalkan caruman tersebut sebelum membuat permohonan baru i-Saraan.
Pendaftaran i-Saraan KWSP
Anda perlu mendaftar di kaunter KWSP yang terdekat dengan anda untuk mengisi borang pendaftaran dan permohonan dan tiada pendaftaran secara online buat masa ini.
Cara untuk mendaftar caruman i-Saraan adalah seperti berikut :
- Hadir ke kaunter KWSP terdekat.
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda.
- Pergi ke kaunter dan dapatkan Borang i-Saraan.
- Lengkapkan borang anda.
Untuk panduan pendaftaran i-Saraan lebih lengkap dan terkini anda boleh baca Cara Buat Caruman KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri. Langkah Demi Langkah.
Bayaran Caruman Online
Untuk memudahkan pembayaran caruman, anda boleh membayar secara online melalui perbankan atas talian bank anda. Antara bank yang boleh mencarum secara online adalah seperti :
- Maybank
- CIMB
- Public Bank
- RHB Bank
- Bank Muamalat
- Kuwait Finance House
Had Minimum & Maksimum Caruman
- Tiada had minimum caruman.
- Tetapi had maksimum yang dibenarkan ialah sebanyak RM60,000 sahaja setahun.
Manfaat i-Saraan KWSP
Antara manfaat i-Saraan KWSP kepada anda ialah :
- Anda boleh mencarum mengikut kemampuan kewangan anda.
- Saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri serta tiada pendapatan tetap dalam ekonomi gig.
- Anda akan menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan.
- Menerima insentif khas sebanyak 15% atau RM250 oleh pihak kerajaan.
- Bantuan kematian sebanyak RM2500 tertakluk kepada terma dan syarat.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai soalan serta inginkan maklumat lanjut mengenai caruman i-Saraan ini, anda boleh dapatkan maklumat di :
- Portal Rasmi KWSP
- Telefon : 03-89226000
- Faks : 03-89226222
- Enquiry