Info Kerjaya Malaysia

Cara Buka Akaun SSPN Online. Lagi Mudah & Cepat!

3,298

Cara Buka Akaun SSPN Online

Terdapat pelbagai cara untuk menabung demi masa hadapan dan pendidikan anak-anak anda. Cara yang paling mudah adalah dengan menabung dengan membuka akaun SSPN dan anda boleh lakukannya secara online sahaja. Jadi, anda tidak perlu lagi beratur di kaunter untuk membuka akaun SSPN untuk anak-anak anda.

Bagaimanakah untuk membuka akaun SSPN secara online? Teruskan membaca perkongsian ini untuk mengetahui cara membuka akaun SSPN secara online dengan betul.

Kelebihan Simpanan SSPN

Sebelum mendaftar, anda boleh teliti beberapa kelebihan simpanan SSPN berdasarkan 2 jenis produk ini :

1. SSPN-i

SSPN-i merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ bermaksud ‘mewakilkan untuk tujuan pelaburan.

Kelebihan SSPN-i :

  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak / anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat;
    Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  • Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat;
    Simpanan dijamin oleh kerajaan.
  • Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

2. SSPN-i Plus

Merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.

SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

Kelebihan SSPN-i Plus :

  • Patuh syariah.
  • Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000.00 setahun.
  • Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
  • Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
  • Tiada pemeriksaan kesihatan.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  • Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
  • Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
  • Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
  • Layak memohon pinjaman PTPTN.
  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
  • Simpanan dijamin kerajaan.

Langkah-Langkah Membuka Akaun SSPN

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuka akaun SSPN secara online untuk panduan anda :

1. Masuk Laman Web Dan Pilih Produk

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih. SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu: Patuh syariah. Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000.00 setahun. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan. Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00. Tiada pemeriksaan kesihatan. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan. Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak. Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal. Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari. Layak memohon pinjaman PTPTN. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia. Simpanan dijamin kerajaan.

2. Lengkapkan Borang

Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat yang diperlukan.

Tak Payah Beratur Di Kaunter, Ini Cara Buka Akaun SSPN Online. Lagi Mudah & Cepat!

Tak Payah Beratur Di Kaunter, Ini Cara Buka Akaun SSPN Online. Lagi Mudah & Cepat!

3. Terma Dan Syarat

Baca dan fahami dahulu terma dan syarat yang ditetapkan. Klik kotak SETUJU sekiranya anda telah faham dan bersetuju dengan terma serta syarat yang ditetapkan.

Tak Payah Beratur Di Kaunter, Ini Cara Buka Akaun SSPN Online. Lagi Mudah & Cepat!

4. Masukkan Deposit

Masukkan deposit paling minimum ke dalam akaun tersebut.

  • SSPNi : RM20 ( Minimum tanpa komitmen)
  • SSPNi-Plus : RM30 Sebulan

Pendaftaran anda siap setelah anda memasukkan deposit ke dalam akaun SSPN anak anda.

Anda juga boleh menambah, pengeluaran deposit, semakan penyata dan penyata pelepasan cukai secara online pada bila-bila masa.

Maklumat Lanjut & Info Terkini

Untuk dapatkan maklumat lanjut serta info terkini mengenai SSPN, anda boleh layari pautan berikut :

Soalan Lazim SSPN

1. Apakah maksud SSPN-i?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

2. Apakah perbezaan SSPN-i Plus dan SSPN-i?

Akaun SSPN-i Plus adalah komitmen menabung, paling minimum sebanyak RM30 sebulan manakala SSPN-i pula tiada komitmen minimum bulanan yang diperlukan.

3. Adakah simpanan SSPN-i dipotong secara automatik sekiranya peminjam tidak membuat bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN mengikut tempoh yang telah ditetapkan?

Tidak. SSPN-i dan Skim Pinjaman Pendidikan adalah skim yang berbeza walaupun kedua-duanya di bawah PTPTN.

4. Bolehkah simpanan SSPN-i digunakan untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN?

Boleh, pendeposit perlu membuat permohonan untuk bayaran balik pinjaman PTPTN melalui pindahan antara akaun dengan mengisi Borang Pindahan Deposit / Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN dan portal rasmi PTPTN.

5. Bagaimanakah cara untuk menyemak penyata akaun SSPN-i?

Penyata Akaun SSPN-i boleh disemak dan dicetak melalui portal rasmi PTPTN. Semakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000, hadir sendiri ke cawangan PTPTN yang berdekatan atau di cawangan Maybank, RHB Bank dan Bank Rakyat.

6.Bilakah simpanan SSPN-i boleh dikeluarkan?

Simpanan SSPN-i boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa.

7. Adakah akaun SSPN-i perlu ditutup jika penerima manfaat telah mencapai umur 29 tahun?

Ya, pendeposit perlu membuat penutupan akaun atas nama penerima manfaat tersebut. Pendeposit mempunyai pilihan sama ada untuk menerima wang simpanan semasa membuat penutupan atau membuat pindahan wang simpanan ke akaun penerima manfaat yang lain.

close-image