Info Kerjaya Malaysia

Cara Buat e-Filing Cukai Pendapatan 2020 Untuk Kali Pertama

1,998

Cara Buat e-Filing Cukai Pendapatan Income Tax LHDN 2020 Untuk Kali Pertama Tak Pernah Buat.

Lengkap Cara Buat e-Filing Cukai Pendapatan

1 Mac 2020 akan bermulanya tempoh pengisytiharan pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019.

Ada di antara kita yang dah biasa buat e-Filing, tapi ada juga yang baru pertama kali nak buat e-Filing.

Atau mungkin ada yang sebelum ini hantar borang secara manual dan pertama kali hendak menggunakan sistem online di “EZ Hasil”.

Apakah e-Filing?

Untuk pengetahuan, e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui laman web rasmi LHDN.

Anda boleh terus ke laman e-Filing LHDN melalui pautan https://ez.hasil.gov.my

Di sini nanti anda boleh log masuk ke Sistem ezHASiL menggunakan No. Pengenalan yang anda telah daftar sebelum ini.

Login ezHASiL Cara Buat e-Filing Cukai Pendapatan

Walaupun borang manual masih diterima, pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya mudah, cepat dan selamat.

Tarikh akhir mengemukakan Borang BE 2019 (individu yang tidak menjalankan perniagaan) adalah pada 30 Jun 2020.

Tetapi jika anda menggunakan e-Filing e-BE 2019 iaitu individu yang menjalankan perniagaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2020.

Bagaimana Proses Sistem e-Filing?

Secara ringkasnya, sistem e-Filing boleh diisi oleh anda yang pernah berdaftar ataupun pertama kali menggunakannya.

1. Bagi Pembayar Cukai yang TELAH mendaftar Sijil Digital:

  • Lawati laman web ezHASIL (https://ez.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my)
  • Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.
  • Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih e-borang yang dikehendaki.
  • Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
  • Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.

2. Bagi Pembayar Cukai yang BELUM mendaftar Sijil Digital:

  • Permohonan No. PIN Individu boleh didapati melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
  • Permohonan nombor PIN e-Filing Organisasi boleh dibuat melalui Cawangan LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH).

Perlu disertakan:

i. Borang CP55B yang lengkap diisi.

ii. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.

iii. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat – Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat.

iv. Salinan kad pengenalan/pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat.

e-Filing 2020: Cara Mengisi Borang e-BE 2019

Berikut adalah panduan mengisi Borang e-BE 2019 oleh #FriendsofHASiL terutama buat yang pertama kali mengisi.

Bagi yang pernah mengisi, terdapat beberapa perkara baru yang dilabel “new” menunjukkan item pindaan / baharu bagi e-BE 2019 berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Untuk pertanyaan dan bantuan berkaitan e-Filing 2020 atau apa-apa kemusykilan tentang cukai pendapatan, hubungi pihak LHDN di saluran berikut:

  • Telefon HASiL Care Line: 03-8911 1000
  • Faks ke nombor : 03-4289 3400
  • E-mel: [email protected]
  • Kunjungi cawangan HASiL atau Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan.

Cara Bijak Jimat Bayar Cukai LHDN

Sebenarnya, isu cukai adalah topik yang menyeronokkan dan patut diambil berat oleh semua individu yang menjana pendapatan lebih dari RM36,000 SETAHUN, lebih-lebih lagi usahawan dan mereka yang memiliki perniagaan. Kurang daripada itu, anda sebenarnya tak perlu takut.

Ini panduan yang anda perlukan untuk belajar bayar cukai secara bijak dan betul. Tak perlu takut bayar cukai tapi bayar untuk mendapatkan kelebihan dan faedah dari kerajaan.

Melalui panduan Rahsia Jimat Cukai ini anda akan diajar bagaimana untuk mengurangkan jumlah bayaran cukai melalui insentif pelepasan cukai ditawarkan kerajaan.

Bagi yang baru hendak bayar cukai kali pertama pula, panduan ini akan terangkan secara lengkap apa yang anda perlu buat bagi mendapatkan pelepasan cukai maksima dari kerajaan.

Anda boleh preview isi kandungan panduan ini melalui pautan di bawah dan baca apa sebenarnya anda akan dapat sekiranya memiliki panduan ini.

TEMPAH PANDUAN JIMAT CUKAI 2020

close-image