BR1M Penjawat Awam Di Beri Sebelum Hari Raya Aidilfitri Tetapi Akan Ditukar Nama

209

Kerajaan mengumumkan akan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat yang berkelayakan sebelum sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti.

Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Twitter rasminya, hari ini.

Beliau berkata, maklumat lanjut berkenaan pemberian BR1M yang akan ditukar nama itu akan diumumkan minggu hadapan.

“Seperti mana yang diarahkan oleh Tun (Dr Mahathir Mohamad), BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri. Maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu hadapan,” tulisnya.

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebelum ini memaklumkan pemberian BR1M akan diteruskan.

Bagaimanapun beliau menegaskan, beberapa perkara dalam pemberian itu akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan tersebut.

“Kerajaan sudah bersetuju untuk meneruskan BR1M, cuma ia perlu dikaji semula kerana sebelum ini, ada yang tak layak, juga menerimanya.

“Kita tak nak orang ramai menganggap BR1M sebagai rasuah atau umpan supaya rakyat menyokong kerajaan. Sebaliknya, BR1M adalah satu bentuk inisiatif untuk menangani masalah sosial,” katanya.

Jangan lupa baca:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image