Info Kerjaya Malaysia

Kenapa Permohonan BPN Masih Berstatus “Permohonan Diterima”

228,904

Masih ramai yang tertunggu dan tertanya-tanya tentang status permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang masih memaparkan ‘PERMOHONAN DITERIMA’ sejak permohonan dibuat. Sebagai individu yang terjejas, pasti anda berasa gusar kerana sudah hampir sebulan permohonan dibuat tetapi statusnya masih sama.

Jangan risau, jika anda login ke laman web rasmi BPN dan dapati status anda masih ‘PERMOHONAN DITERIMA’ itu bukan bermaksud anda tidak layak.

Untuk ketahui maksud disebalik status ‘PERMOHONAN DITERIMA’, ikuti perkongsian di bawah.

KENAPA STATUS MASIH “PERMOHONAN DITERIMA”?

Jika anda membuat permohonan baru dalam tempoh 1 April 2020 sehingga 30 April 2020, permohonan ini termasuk dalam permohonan baru. Ia dijelaskan di sini:

Seperti yang dijelaskan oleh Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC, permohonan baru dan permohonan rayuan BPN akan diproses pada bulan Mei.

Ini bermaksud:

  • Tiada sebarang keputusan atau pembayaran bagi permohonan baru dan permohonan rayuan pada bulan April 2020
  • Sesiapa yang baru buat permohonan sepanjang tempoh 1 April hingga 30 April 2020, status permohonan “PERMOHONAN DITERIMA” akan dipaparkan
  • Pembayaran juga akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekali gus

Bagi sesiapa yang telah membuat permohonan baru dan rayuan, anda boleh menyemak status permohonan selepas tarikh tutup permohonan iaitu 30 April 2020 nanti di laman web Bantuan Prihatin Nasional. Jangan risau, kalau memang rezeki anda menerima bantuan ini, memang takkan lari mana!.

close-image