Mohon Muat Turun Borang Projek Pertanian Bandar PENJANA Disini

4,016

Projek Pertanian Bandar PENJANA

Bagi membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk bandar dan pinggir bandar yang terjejas akibat Covid-19, pihak kerajaan bersama Jabatan Pertanian melaksanakan satu projek iaitu Projek Pertanian Bandar mengikut 2 kategori projek.

Selain dari permohonan Bantuan BSH yang bakal diberikan, Projek Pertanian Bandar PENJANA ini juga merupakan salah satu program yang bakal memberi manfaat kepada rakyat.

Begitu juga dengan pengenalan program MyFutureJobs yang bakal membuka pelbagai peluang kerja kepada pencari kerja dan penganggur. Anda boleh daftar MyFutureJobs di sini.

Jenis Bantuan

Secara one-off dalam bentuk :

  • Input Pertanian
  • Latihan
  • Khidmat Nasihat Teknikal

Mohon Dan Muat Turun Borang Projek Pertanian Bandar Disini

Kategori Projek Pertanian Bandar PENJANA

Terbahagi kepada 2 kategori projek iaitu :

1. Kategori Individu 

Dijalankan secara individu di kediaman masing-masing.

2. Kategori Komuniti

Dilaksanakan di sekitar kediaman secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.

Kumpulan Sasar Projek Pertanian Bandar

Kumpulan sasar untuk projek ini ialah :

  • NGO
  • Belia
  • Institusi kerajaan dan swasta
  • Perumahan bandar dan pinggir bandar
  • Komuniti luar bandar

Syarat Permohonan

Jika anda berminat dan ingin menyertai projek ini, berikut adalah syarat permohonan untuk semakan anda :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Terhad kepada 1 permohonan sahaja.
  • Bersedia untuk memberikan komitmen terhadap pelaksanaan projek pertanian.

Mohon Dan Muat Turun Borang Projek Pertanian Bandar Disini

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan ini akan ditutup pada 31 Julai 2020.

Cara Memohon Projek Pertanian Bandar

Setelah anda melepasi syarat permohonan di atas, ikuti langkah-langkah berikut :

  • Download dan cetak borang permohonan.
  • Lengkapkan borang permohonan anda.
  • Setelah siap isi borang permohonan, hantar melalui emel di : [email protected] atau hantar ke pejabat Jabatan Pertanian yang terdekat dengan anda.
  • Pegawai Jabatan Pertanian akan melawat kawasan projek untuk menentukan kategori projek, kesesuaian tapak dan jenis bantuan / insentif yang sesuai dengan pemohon.

Download Borang Permohonan

Anda boleh download borang permohonan disini :

  • Borang Permohonan Projek Pertanian Bandar : Individu

  • Borang Permohonan Projek Pertanian Bandar : Komuniti

Info & Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan info selanjutnya, anda boleh terus hubungi Pejabat Pertanian Daerah atau yang terdekat dengan anda serta melalui saluran berikut :

  • Telefon : 03-8870 3212 / 3616 / 3618 / 4226
  • Portal rasmi : JABATAN PERTANIAN NEGERI
  • Alamat : Bahagian Pertanian Bandar,
    Aras 12, Wisma Tani,
    Lot 4G2, No 30,
    Persiaran Perdana,
    Presint 4, 62624 Putrajaya.
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image