Bonus Untuk 1.6 Juta Penjawat Awam Bakal Diumumkan Esok?

666

Tanda tanya pemberian bonus hari raya untuk penjawat awam 2018 bakal terjawab pada esok hari. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bakal memberikan bonus kepada penjawat awam sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti. Masing-masing masih ternanti-nanti berapakah jumlah bayaran bonus yang bakal diterima oleh semua penjawat awam nanti.

Baca juga: Tarikh Pembayaran BR1M Fasa Kedua 2018

Terkini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pemberian bonus Aidilfitri bagi kira-kira 1.6 juta penjawat awam di negara ini akan diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad esok.

“Itu (bonus raya penjawat awam) mungkin diumumkan oleh PM esok…lebih baik tunggu keputusan esok,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Tokong Buddha Maha Vihara di Brickfields di sini, hari ini.

Terdahulu, bantuan bonus hari raya Aidilfitri penjawat awam dijadualkan diberikan pada 7 Jun 2018. Rujuk perkelliling bantuan bonus hari raya Aidilfitri yang dikeluarkan.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image