Info Kerjaya Malaysia

50 Contoh Soalan Temuduga Guru Interim Untuk Rujukan Anda

13,173

Ada banyak soalan yang bakal ditanya semasa temuduga guru. Baik soalan untuk tapisan kemasukan mahu pun soalan mengenai penempatan (posting). Dalam artikel ini, Portal Jawatan Kosong Terkini telah himpunkan beberapa contoh soalan temuduga guru Interim yang boleh dijadikan rujukan persediaan sebelum menghadapi temuduga guru nanti.

Apa yang Perlu di Baca Untuk Persediaan Temuduga Guru?

Isu yang mungkin disoal dalam temuduga guru Interim berkemungkinan terlalu luas. Namun anda boleh bersedia dengan membaca topik-topik seperti PPPM, cabaran dunia pendidikan, tugas guru, pembelajaran alaf 21, isu semasa, penggunaan teknologi, perpaduan dan sebagainya.

Pendek kata, penemuduga akan menyoal anda bermacam macam soalan yang tidak terjangka oleh anda. Ini kerana pada firasat mereka, anda telah bersedia dan layak untuk ditemuduga.

Selain itu, pastikan anda juga melakukan sedikit persediaan mencari maklumat berkaitan penyataan hasrat kenapa hendak jadi guru dan juga falsafah pendidikan negara. Ini antara soalan popular dalam mana-mana temuduga Guru Interim.

Di bawah merupakan koleksi contoh soalan temuduga Guru Interim khas untuk anda. Soalan-soalan temuduga di bawah merupakan soalan yang bersifat general. Jadi pengetahuan am anda terhadap isu-isu yang dikemukakan semasa sesi temuduga merupakan kunci untuk anda menjawab soalan-soalan di bawah.

50 Contoh Soalan Temuduga Guru Interim

Sediakan Jawapan untuk soalan-soalan berikut, supaya anda menjawab dengan lancar dan teratur…

  1. Bebanan kerja guru semakin bertambah, bagaimana kamu menghadapinya?
  2. Budaya buli di sekolah semakin serius apakah puncanya? cadangkan penyelesaian masalah tersebut.
  3. Murid lebih cenderung untuk belajar di pusat tuisyen, adakah anda sudi menjadi guru tuisyen?Mengapa?
  4. Apakah punca guru stress? bagaimana cara mengatasinya?
  5. Mengapa kamu memohon untuk menjadi guru?
  6. Apakah kelebihan mengajar sains dan Matematik dalam BI?
  7. Berikan pro dan kontra penggunaan ICT di sekolah?
  8. Mengapa kerajaan memperkasa sekolah kebangsaan?
  9. Apakah tanggungjawab seorang guru terhadap masyarakat di sekelilingnya?
  10. Apakah konsep sekolah cemerlang?
  11. Sejauh mana anda tahu sekolah Integrasi?tujuan?
  12. Adakah kamu pernah terlibat Program Latihan Khidmat Negara? Apakah tujuan itu?
  13. Apa beza KBSR dan KSSR?
  14. Huraikan perkara penting dalam FPK.
  15. Nyatakan prinsip dalam rukun negara, hafal x?
  16. Huraikan Matlamat wawasan 2020
  17. Jika kamu diminta mengajar di kawasan pendalaman, bagaimana kamu menghadapi masalah kehidupan di situ?
  18. Bagaimana kamu meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya menjadi guru yang cemerlang?
  19. Mengapa perlu pembelajaran sepanjang hayat?
  20. Apa pendapat anda tentang GST?Bagus ke tidak?
  21. Bagaimana menjadi seorang guru yang dihormati dan disanjungi?
  22. Apakah objektif utaman perayaan Hari guru?
  23. Apakah teras perkhidmatan cemerlang?
  24. Apakah fungsi utama Persatuan Ibu Bapa dan Guru?
  25. Berikan Nama Menteri Pendidikan dan Timbalan..
  26. Mengapa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan?
  27. Apa masa depan seorang guru?
  28. Apakah kepentingan kecerdasan emosi untuk seorang guru?
  29. Guru banya masa lapang, banyak cuti, tidak banyak kerja, adakah anda setuju?
  30. 5 sebab kamu patut diterima sebagai guru?
  31. Apakah yang kamu lakukan jika murid tidak mendengar arahan kamu?
  32. Apakah yang lebih penting tugas atau keluarga?
  33. Apakah cabaran yang paling hebat di masa sekarang?
  34. Apa pandangan anda berkenaan dengan SPPBS?adakah anda terlibat dan pernah mengisinya?
  35. Berikan komen anda tentang merotan murid nakal di sekolah..
  36. Berikan 3 tugas lain guru selain mengajar di sekolah..
  37. Pelajar bermasalah sepatutnya dibuang sekolah? setuju? kenapa?
  38. Gejala Sosial dikalangan remaja.
  39. Kenapa murid tidak dibenarkan membawa handset ke sekolah?
  40. Apa pendapat anda ibubapa yang mengugut guru yang merotan anaknya?
  41. Anda kenal ibu bapa murid anda?
  42. Guru selalu dihantar kursus, adakah ia baik untuk anda?
  43. Berikan pandangan anda tentang isu guru disaman ibu bapa murid?bagaimana untuk mengelaknya?
  44. Apakah kemahiran interpersonal yang anda ada?
  45. Apa target anda dalam kerjaya perguruan in?
  46. Wajarkah seorang guru mempunyai kerja lain seperti MLM, berniaga pert time?
  47. Apakah peranan seorang Ketua Panitia di sekolah?
  48. Apa sumbangan yang pernah anda buat untuk sekolah?
  49. Siapakah Bos anda?
  50. Apa pendapat anda berkenaan dengan Laman Sosial seperti Facebook?

Tips Temuduga Guru Interim

Pastikan anda sebagai calon bersedia dari segi-mental dan fizikal untuk menhadapi sesi temuduga. Buat persiapan awal berkaitan maklumat yang diminta dan akan dibawa semasa hari temu duga.

Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

Untuk makluman anda, jualan khas rujukan temuduga Kerja Kerajaan telah pun di buka. Ia merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Contoh Soalan Temuduga PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT

KLIK UNTUK TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.

close-image