Info Kerjaya Malaysia

”Biar Kami Bekerja Untuk Kamu, You Stay At Home For Us”~ Rayu Doktor Ini Buat Rakyat Malaysia

236

Tahukah anda kakitangan hospital kini berhempas pulas dalam menyelamatkan pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari sehingga mencecah 790 kes sehingga hari ini. Tinggi risiko jika berada di tempat mereka. Namun kita sebagai rakyat juga perlulah prihatin dan bantu mereka dengan ikuti rayuan mereka yang sangat mudah iaitu ” just stay at home”

Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan dikuatkuasakan bagi membendung penularan Covid-19 membuktikan sudah ramai yang mengingkarinya di mana ramai yang gagal untuk ikut arahan tinggal di rumah.

Buktinya bila diarah untuk cuti bekerja dan duduk sahaja di rumah, ramai orang bersesak di terminal bas untuk pulang ke kampung menyebabkan risiko orang berjangkit apabila berada dalam keadaan orang ramai adalah tinggi.

Hal ini bukan sahaja mengundang risiko Covid-19 dari terus merebak, malah akan menjadikan perkara ini lebih serius sehingga membawa kes kematian lebih ramai orang.

Berikutan dengan ”kedegilan” rakyat yang tidak menurut perintah, ramai yang risau wabak tersebut terus merebak terutama sekali kerisauan di kalangan kakitangan hospital yang harus menanggung risiko menerima lebih ramai pesakit.

Berikut adalah pesanan ikhlas yang dibuat oleh seorang doktor yang merayu supaya orang semua duduk di rumah.

”I STAY AT WORK FOR YOU, YOU STAY AT HOME FOR US”

I stay at work for you, you stay at home for us”. itulah ungkapan rayuan oleh seorang doktor yang bertugas di sebuah hospital swasta di Penang melalui laman Facebook nya.

Biar Kami Bekerja Untuk Kamu

Biar Kami Bekerja Untuk Kamu

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman tersebut dan menerima lebih 4,000 tanda suka di Facebook, Dr Gee Teak Sheng memberitahu bahawa mereka (petugas kesihatan) masih bertugas demi orang awam jadi sebagai individu yang ebrtanggungjawab, dia meminta semua orang duduk di rumah sahaja.

Oleh itu diharapkan semua rakyat Malaysia prihatin dan bertanggungjawab mengikuti arahan kerana risiko wabak ini menular sangat tinggi jika masih ramai yang ingkar dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan.

PERNGHARGAAN TERHADAP PETUGAS KESIHATAN

Berikutan dengan perkongsian yang dikongsikan oleh doktor tersebut, ramat netizen di  media sosial tersebut meninggalkan komen yang pelbagai.

Biar Kami Bekerja Untuk Kamu

Biar Kami Bekerja Untuk Kamu

Kebanyakannya adalah komen penghargaan mereka yang mengucapkan ribuan terima kasih kerana berkorban masa dan tenaga demi membendung wabak yang sangat berbahaya ini. Mereka juga berharap agar petugas kesihatan turut sama menjaga diri masing-masing agar kekal sihat dan terhindar dari Covid-19.

Jika anda seorang bertanggungjawab, pastikan anda menurut segala perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan demi keselamatan anda dan juga orang lain. Fikirkan keadaan di hospital sekarang yang kritikal dengan pesakit ini. Jika anda duduk di rumah, tanpa anda sedar anda dapat ringankan beban mereka dengan mengurangkan penularan wabak ini.

Sumber

close-image