Info Kerjaya Malaysia

Macam Mana Beli Rumah Guna Duit KWSP Akaun 2? Baca Ini

8,862

Macam Mana Beli Rumah Guna Duit KWSP Akaun 2?

Dah check akaun 2 KWSP dan duit macam dah banyak. Bolehkah beli rumah dengan menggunakan duit KWSP akaun 2? Macam mana pula caranya untuk keluarkan duit jika mahu beli rumah?

Perkongsian ini akan menjawab persoalan anda dan anda boleh ikuti langkah-langkah yang disediakan.

Langkah Pembelian Rumah Guna Duit KWSP Akaun 2

Jika anda ingin menggunakan duit KWSP akaun 2, anda boleh ikut langkah-langkah berikut :

1. Bagaimana untuk gunakan akaun 2 KWSP

Duit akaun 2 KWSP boleh dikeluarkan untuk :

  • Pembelian atau membina rumah pertama (atau kedua; dengan syarat rumah yang pertama telah dijual atau dalam proses pelupusan). Tunjukkan bukti pembayaran iaitu booking fees dan downpayment beserta yuran peguam dan duti setem untuk SPA.
  • Bertujuan mengurangkan atau tebus balik pinjaman untuk rumah pertama atau kedua.
  • Menolong pasangan mengurangkan kurangkan atau tebus balik pinjaman rumahnya.

Amaun yang boleh dikeluarkan ialah :

Macam Mana Beli Rumah Guna Duit KWSP Akaun 2

2. Semak kelayakan

Berikut kelayakan yang diperlukan :

  • Warganegara Malaysia.
  • Warganegara Malaysia yang pernah membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan memilih untuk menyumbang balik kepada KWSP.
  • Bukan warganegara Malaysia yang telah menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998 dan telah mendapat status penduduk tetap (PR) Malaysia.
  • Belum sampai umur 55 tahun semasa KWSP menerima permohonan anda.
  • Mempunyai baki simpanan minimum RM500 dalam Akaun 2.
  • Permohonan dibuat dalam masa 3 tahun selepas menandatangani SPA.
  • Hartanah yang akan dibeli adalah berbentuk kediaman sahaja.

Macam Mana Beli Rumah Guna Duit KWSP Akaun 2

3. Sediakan dokumen yang diperlukan

Berikut adalah dokumen yang diperlukan dan borang yang disediakan perlu diisi dengan lengkap :

  • Borang pengeluaran KWSP : Borang KWSP 9C(AHL).
  • Salinan original SPA.
  • Salinan pengenalan (myKad atau passport).
  • Salinan surat kelulusan pinjaman dari pembiaya anda.
  • Info akaun bank dalam bentuk buku simpanan atau penyata bank.
  • Bukti perhubungan untuk pembelian bersama yang melibatkan pasangan atau keluarga terdekat, ibu bapa atau adik-beradik.

4. Mohon pengeluaran melalui i-Akaun

Anda boleh membuat permohonan pengeluaran KWSP secara online iaitu dengan menggunakan iAkaun KWSP.

Ini cara membuat pendaftaran i-Akaun KWSP.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai pertanyaan dan soalan yang lebih lanjut mengenai pembelian rumah dengan menggunakan duit KWSP akaun 2, anda boleh hubungi :

Macam Mana Beli Rumah Guna Duit KWSP Akaun 2

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk membeli rumah anda menggunakan akaun 2 KWSP anda. Pastikan baki mencukupi dan anda mengikt kriteria yang ditetapkan. Semoga permohonan anda berjaya.

close-image