Info Kerjaya Malaysia

Baguskah Bekerja Sambil Belajar? Ini Tips Dan Kelebihannya Yang Anda Perlu Tahu

2,251

Bekerja Sambil Belajar

Bekerja sambil belajar merupakan satu peluang untuk anda tingkatkan prestasi dan mengembangkan kerjaya anda ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi mereka yang mempunyai cita-cita dan matlamat kerjaya yang lebih tinggi, anda sangat digalakkan untuk menyambung belajar sambil bekerja.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang boleh anda pilih seeloknya bersesuaian dan berkaitan dengan pekerjaan yang sedang anda bekerja sekarang atau anda boleh pilih bidang pengajian yang mempunyai market yang tinggi seperti bidang pengajian kesihatan dan keselamatan pekerja.

Tips Untuk Menyambung Pengajian

Pastikan anda tahu untuk membahagikan masa untuk bekerja dan belajar. Anda juga perlu tahu cara untuk membahagikan masa antara bekerja, belajar, masa dengan keluarga dan juga percutian anda. Pastikan ianya tidak mengganggu masa-masa anda dan anda tidak rasa tertekan.

Antara tips yang boleh anda ikuti adalah seperti berikut :

Sebelum Sambung Belajar

1.  Pilih / Survey Tempat Pengajian

Anda boleh pilih tempat pengajian berdasarkan :

  • Bidang pengajian
  • Lokasi
  • Yuran pengajian

Dapatkan tempat pengajian yang mempunyai bidang pengajian yang sesuai dengan anda, lokasi yang dekat dengan tempat kerja dan yuran pengajian yang dikenakan juga mengikut kemampuan anda.

2. Dapatkan Bantuan Pendidikan

Sebelum sambung pengajian, anda boleh usahakan untuk bantuan pendidikan seperti :

  • Potongan KWSP : Anda boleh mengambil duit daripada akaun kedua untuk membayar yuran pengajian.
  • Bantuan Pendidikan Baitulmal : Anda boleh dapatkan bantuan pendidikan Baitulmal di tempat anda dengan mengisi borang beserta dokumen tertentu.
  • PTPTN : Anda juga boleh dapatkan bantuan untuk sambung pengajian melalui PTPTN. Lawati cawangan PTPTN yang terdekat untuk ketahui cara mendapatkan pinjaman dari PTPTN untuk menyambung pengajian.
  • Bantuan Daripada Majikan : Terdapat majikan dan syarikat yang memberikan insentif kepada pekerja yang menyambung pengajian sambil bekerja. Yang penting, anda nyatakan kepada majikan dengan betul beserta dokumen-dokumen yang diperlukan sebagai bukti.

Bekerja Sambil Belajar. Tips Dan Kelebihannya Yang Anda Perlu Tahu

Setelah Sambung Belajar

1. Rancang Kerja

Setelah anda sambung pengajian, rancang dan jadualkan kerja anda dengan baik untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini setelah anda sambung belajar.

2. Guna Masa Dengan Betul

Bahagikan masa dengan dengan sebaiknya untuk belajar dan bekerja. Pastikan tugasan kerja yang diberikan siap mengikut masa yang ditetapkan tanpa mengganggu masa belajar anda.

3. Rehat Secukupnya

Bekerja dan belajar sememangnya sangat memenatkan diri kerana ia agak membebankan. Jadi, dapatkan rehat yang secukupnya, makan minum yang teratur dan lakukan akitiviti sosial sekiranya perlu. Ia dapat mengelakkan diri anda daripada merasa tertekan dan stres.

4. Berbincang 

Pastikan anda berbincang dengan majikan dan pensyarah anda sekiranya mempunyai masalah berkaitan kerja dan pelajaran anda. Bincang dengan lebih awal supaya mereka memahami beban yang anda alami.

5. Wujudkan Tempat Kerja Yang Selesa

Gunakan kaedah yang anda rasakan sesuai untuk anda merasa selesa untuk bekerja sambil belajar dan tidak tertekan dengan setiap tugasan kerja.

6.  Tempoh Terbaik Untuk Ulangkaji

Cari masa yang terbaik untuk anda belajar dan ulangkaji pelajaran anda. Jangan ulangkaji pelajaran anda disaat akhir kerana ia memberikan kesan yang buruk dalam prestasi pelajaran anda.

Kelebihan Bekerja Sambil Belajar

Terdapat beberapa kelebihan dan manfaat yang anda perolehi apabila anda bekerja sambil belajar seperti :

1. Kembangkan Kerjaya

Anda dapat mengembangkan kerjaya anda ke peringkat lebih tinggi dan menjawat jawatan yang lebih baik. Sekurangnya kerja anda tidak terganggu dan menggunakan pengalaman kerja untuk menyambung pengajian anda.

2. Pengurusan Masa Yang Baik

Disebabkan kerana bekerja sambil belajar memerlukan komitmen yang tinggi, anda juga semakin pandai menguruskan masa untuk bekerja,belajar dan berehat. Secara tidak langsung, anda menjadi semakin berdisiplin dalam pengurusan masa.

3. Networking Semakin Bekembang

Anda pasti akan berjumpa dengan kenalan baru sekiranya anda hadir ke kuliah. Malahan anda pastinya bertemu dengan ramai golongan semi dan profesional dalam pelbagai bidang. Anda boleh berkenalan dengan mereka seterusnya belajar dan mencari peluang yang baik bagi masa hadapan. Ia adalah satu peluang yang baik untuk anda mengembangkan kerjaya anda ke tahap yang lebih baik.

4. Pensyarah Yang Baik & Memahami

Kebanyakan pensyarah yang mengajar pelajar pengajian jarak jauh sangat memahami pelajar mereka. Mereka akan berikan tugasan seperti assignment yang tidak membebankan kerana memahami anda juga terbeban dengan tugas kerja.

5. Mengurangkan Beban Kewangan

Anda juga dapat mengurangkan beban kewangan melalui bantuan pengajian selain daripada menggunakan gaji anda untuk membayar yuran pengajian. Malahan, anda juga boleh membuat tabungan sedikit demi sedikit untuk masa hadapan anda.

6. Tambah Pengetahuan & Pengalaman Kerja

Selain daripada menambahkan pengetahuan dalam bidang pengajian, anda juga boleh menambahkan pengalaman kerja semasa anda belajar. Anda juga dapat mengaplikasikan pelbagai perkara yang dipelajari serta mengembangkan soft skill yang diperolehi untuk memajukan kerjaya anda.

Bekerja Sambil Belajar. Tips Dan Kelebihannya Yang Anda Perlu Tahu

close-image