Info Kerjaya Malaysia

Bayaran Khas RM500 Penjawat Awam, Ini Senarai Penjawat Awam Yang Layak Terima Bantuan Berdasarkan Pekeliling JPA

41,335

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengumumkan Bayaran Khas sebanyak RM500 buat penjawat awam susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 yang terkandung dalam Bantuan Prihatin National

Baca juga: Semakan & Permohonan BPN Hasil

Pelaksanaan ini adalah selaras dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020. Selain pegawai kerajaan, pekerja sambilan harian (PSH) dan pesara kerajaan juga menerima manfaat ini.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bayaran khas buat penjawat awam yang layak dan tidak layak menerima bantuan.

PEGAWAI YANG LAYAK TERIMA BANTUAN PENJAWAT AWAM

  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan kontrak
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

JAWATAN LAIN YANG TERIMA BANTUAN

  • Guru interim
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak.
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  • Penerima Pencen/Pencen Terbitan

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) JUGA LAYAK TERIMA

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 ini juga dipánjãngkan kepada PSH yang masih berkhidmat pada 23 April 2020 dengan syarat tempos kontraknya telah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK TERIMA

Pegawai yang tidak layak menerima bantuan adalah:

  • Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama.
  • Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020.
  • Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020.
  • Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2020 hhingga 23 April 2020/

TARIKH BAYARAN KHAS RM500 PENJAWAT AWAM

Tarikh Bayaran Khas RM500 bagi Penjawat Awam 2020 adalah pada 23 April 2020 mengikut pekeliling.

PEKELILING BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2020

Anda boleh baca peliling lengkap di bawah untuk lebih maklumat.

ayaran Khas RM500 Penjawat Awam, Ini Senarai Penjawat Awam Yang Layak Terima Bantuan Berdasarkan Pekeliling JPA

Bayaran Khas RM500 Penjawat Awam, Ini Senarai Penjawat Awam Yang Layak Terima Bantuan Berdasarkan Pekeliling JPA

Bayaran Khas RM500 Penjawat Awam, Ini Senarai Penjawat Awam Yang Layak Terima Bantuan Berdasarkan Pekeliling JPA

Bayaran Khas RM500 Penjawat Awam, Ini Senarai Penjawat Awam Yang Layak Terima Bantuan Berdasarkan Pekeliling JPA

Bayaran Khas RM500 Penjawat Awam, Ini Senarai Penjawat Awam Yang Layak Terima Bantuan Berdasarkan Pekeliling JPA

close-image