Info Kerjaya Malaysia

Tarikh Bayaran Bonus Hari Raya Aidilfitri Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan

66,323

Tarikh Bayaran Bonus Hari Raya Aidilfitri 2020 Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan.

Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 sebanyak RM500.00 dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen sebanyak RM250.00

Untuk makluman anda juga, Kerajaan telah mengumumkan segala Faedah, Bonus Serta Imbuhan Penjawat Awam Kekal di Bawah Pentadbiran Kerajaan Baru.

Berdasarkan pengumuman tersebut, dikongsikan maklumat bayaran bonus Aidilfitri khas untuk penjawat awam tahun ini.

Makluman Bayaran Khas Aidilfitri 2020 Kepada Kakitangan Awam

Bayaran khas Aidilfitri sebanyak RM500.00 untuk penjawat awam ini akan dibayar pada 20 Mei 2020, seperti yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan 2020 yang dikeluarkan.

Malah, bayaran khas Aidilfitri 2020 sebanyak RM250.00 juga akan diberikan kepada semua pesara kerajaan yang menerima pencen.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bayaran khas buat penjawat awam yang layak dan tidak layak menerima bantuan.

Pegawai Layak Terima Bonus Aidilfitri

  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan kontrak
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

Jawatan Lain Yang Terima Bantuan

  • Guru interim
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak.
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  • Penerima Pencen/Pencen Terbitan

Pekerja Sambilan Harian Juga Layak

Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500.00 dipanjangkan kepada PSH yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Pekeliling Perkhidmatan Awam Berkaitan Pembayaran Khas Aidilfitri 2020

Untuk maklumat penuh mengenai pembayaran khas sempena Aidilfitri 2020 untuk kakitangan awam ini, bolehlah rujuk pada pekeliling tersebut di bawah:

Anda boleh muatturun Pekeliling Perkhidmatan Awam Berkaitan Pembayaran Khas Aidilfitri 2020 melalui pautan di bawah.

PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM

Soalan Berkaitan Bonus Hari Raya 2020

Bilakah Bonus Hari Raya Aidilfitri Akan di Bayar?

Bayaran khas Aidilfitri sebanyak RM500.00 untuk penjawat awam ini akan dibayar pada 20 Mei 2020.

Bilakah Bonus Hari Raya Aidilfitri Untuk Pesara Kerajaan Akan di Bayar?

Bayaran khas Aidilfitri sebanyak RM250.00 untuk pesara kerajaan akan dibayar pada 20 Mei 2020.

Berapakah Jumlah Bayaran Bonus Hari Raya?

Bayaran khas Aidilfitri sebanyak RM500.00 untuk penjawat awam ini akan dibayar pada 20 Mei 2020, seperti yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan 2020 yang dikeluarkan.

Pegawai-pegawai di bawah juga layak menerima bonus ini.

👉Pegawai lantikan tetap, sementara dan kontrak 👉Pegawai yang bercuti bergaji penuh 👉Pegawai yang bercuti separuh gaji 👉Pegawai yang bercuti tanpa gaji 👉Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai. 👉Guru interim 👉Pekerja Sambilan Harian

Adakah Pekerja Sambilan Harian Akan Terima Bonus Ini?

Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500.00 dipanjangkan kepada PSH yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

close-image