Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan COVID-19 MAIWP Secara Online Di Buka
Bagi mereka di Wilayah Persekutuan yang terjejas pendapatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, MAIWP menyediakan Bantuan Zakat Kecemasan bagi membantu mereka.
Mulai Isnin, 13 April 2020, permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai jam 8 pagi menerusi link yang disediakan di bawah.
Suka diingatkan kepada pemohon yang telah memohon bantuan ini secara Whatsapp menerusi talian hotline yang disediakan sebelum ini agar tidak mengisi permohonan secara atas talian ini. Ini bagi mengelakkan pertindihan maklumat yang boleh menyebabkan permohonan ditolak.
Semoga bantuan ini akan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.
Sebarkan maklumat ini agar mereka yang layak mendapat manfaatnya.