Info Kerjaya Malaysia

Bantuan Zakat IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM. Buat Permohonan Sekarang

968

Bantuan Zakat IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM

Berita baik buat anak Terengganu! Anda yang sedang menyambung pengajian di IPT dalam dan luar negara boleh membuat permohonan Bantuan Zakat IPT MAIDAM yang telah dibuka sepanjang bulan Ogos 2020 ini.

Tujuan Bantuan Zakat IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM

Bantuan zakat ini adalah bertujuan :

  • Menyediakan bantuan kepada anak Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian mereka di IPT sama di dalam dan luar negara.
  • Meringankan bebanan ibu bapa yang terpaksa menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu untuk menggalakkan mereka dalam menimba ilmu pengetahuan.

Tarikh Permohonan Bantuan Zakat IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM

  • Dibuka bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020.

Syarat Permohonan Bantuan Zakat IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM (Umum)

Berikut adalah syarat yang perlu dipenuhi untuk melayakkan anda menerima bantuan zakat ini seperti :

  • Pemohon beragama Islam, berakal dan merdeka.
  • Pemohon merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  • Pemohon masih dalam tempoh pengajian atau penambahan semester. Permohonan perlu dihantar sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan pengajian daripada tarikh menghantar borang permohonan ke pejabat.
  • Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan dengan industri hiburan yang melalaikan.
  • Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.

Syarat Khusus Pelajar IPT Dalam Negara

Untuk pelajar IPT dalam negara, berikut adalah syarat khusus yang perlu dipenuhi seperti :

  • Memiliki Surat Pengesahan Pengajian tahun semasa daripada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT masing-masing.
  • Mendapat pointer CGPA 3.00 ke atas bagi keputusan peperiksaan semester 1 sesi 2019/2020 yang wajib disahkan oleh bahagian Akademik IPT berkenaan.
  • Pelajar diploma dan ijazah boleh memohon sekiranya ada atau tiada pinjaman/pembiayaan/dermasiswa/biasiswa/tidak bekerja. Pelajar perlu wajib menyertakan bersama surat pengesahan tiada tajaan yang terkini.
  • Pelajar Master/PHD hanya boleh memohon sekiranya tiada pinjaman/dermasiswa/biasiswa/MyBrain/MyPhD/tidak bekerja. Pelajar wajib menyertakan bersama surat pengesahan tiada tajaan yang terkini.

Syarat Khusus Pelajar IPT Luar Negara

Untuk pelajar IPT luar negara, berikut adalah syarat khusus yang perlu dipenuhi seperti :

  • Surat Pengesahan Pengajian tahun semasa daripada Atase Pendidikan Negeri Terengganu/Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia.
  • Pelajar perlulah tidak menerima mana-mana pinjaman/pembiayaan/dermasiswa/biasiswa/tidak bekerja.
  • Pelajar perlulah mempunyai keputusan peperiksaan keseluruhan semester/tahun pengajian.

Cara Membuat Permohonan Bantuan Zakat IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM

Untuk membuat permohonan ini, anda boleh ikuti cara-cara yang dikongsikan seperti berikut :

Bantuan Zakat IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM. Buat Permohonan Sekarang

  • Klik butang PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT IPTA/IPTS DaALAM DAN LUAR NEGARA untuk permohonan kali pertama. Bagi yang telah memohon sebelum ini, sila klik butang LANJUTAN PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT IPTA/IPTS DALAM DAN LUAR NEGARA
  • Klik BORANG PERMOHONAN di bahagian paling bawah.
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Isi semua maklumat yang diperlukan.
  • Klik butang HANTAR PERMOHONAN setelah borang lengkap diisi.
  • Cetak borang permohonan tersebut.
  • Borang permohonan dan dokumen berkaitan perlu dihantar ke Pejabat Urusan Zakat Daerah masing-masing atau Unit Pendidikan dan Pengajian Tinggi (UPPT) MAIDAM Kuala Terengganu.
  • Dokumen yang perlu disertakan ialah :
    a) Surat Pengesahan Pengajian tahun semasa daripada pihak HEP IPT masing-masing atau daripada Atase Pendidikan Negeri Terengganu/Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia bagi pelajar IPT luar negara.
    b) Keputusan peperiksaan semester 1 sesi 2019/2020 yang wajib disahkan oleh bahagian Akademik IPT bagi pelajar dalam negara dan keputusan peperiksaan keseluruhan bagi pelajar IPT luar negara.
    c) Surat pengesahan tiada tajaan yang terkini.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda mempunyai pertanyaan serta inginkan maklumat lebih lanjut mengenai Permohonan Bantuan Zakat IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM, sila hubungi pusat urusan zakat dan daerah seperti berikut :

  • Unit Pendidikan dan Pengajian Tinggi (UPPT) : 09-622 3500
  • Kuala Terengganu (Ibu Pejabat) : 09-630 3030
  • Dungun : 09-845 2810
  • Marang : 09-618 3317
  • Kuala Nerus : 09-662 2488
  • Besut : 09-697 5323
  • Setiu : 09-609 0307
  • Hulu Terengganu : 09-681 7809
  • Kemaman : 09-859 4545
  • Kerteh : 09-826 6463

close-image