Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 ~ Cara Kemaskini & Semakan Kelayakan

31,927

Nak Mohon Bantuan Sara Hidup 2020? Masih Belum Tahu Cara Kemaskini? Bagaimana Pula Dengan Semakan Kelayakan BSH? Baca Panduan Ini Sehingga Habis!

Sila Ambil Perhatian! Penerima BSH 2020 fasa pertama, anda diminta untuk kemaskini Bantuan Sara Hidup bermula 1 Februari di portal rasmi BSH.

Permohonan BSH baru juga telah dibuka kepada yang layak. Jadi pastikan anda semak kelayakan anda sebelum mengemukakan permohonan BSH 2020.

Berikut kami kongsikan cara kemaskini permohonan BSH anda.

12 KATEGORI TIDAK LAYAK BSH

Sebelum itu, berikut merupakan 12 kategori penerima yang tidak layak memohon Bantuan Sara Hidup tahun ini. Antaranya:

  1. Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 59 tahun ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  6. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  7. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  8. Pemegang saham / pengarah syarikat
  9. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  10. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  11. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  12. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

Sekiranya anda tergolong dalam senarai di atas, maka anda tidak perlu mengemukakan permohonan BSH 2020.

Jadi anda tak perlu kemaskini BSH atau membuat sebarang permohonan baru memandangkan permohonan anda akan ditolak serta merta.

SEMAKAN KELAYAKAN MENERIMA BSH

Untuk mengetahui sama ada anda masih layak menerima Bantuan Sara Hidup atau tidak, anda bolehlah membuat semakan di portal rasmi BSH. Klik pada bahagian semakan. Kemudian, masukkan Nombor Pengenalan anda untuk menyemak status anda. Klik link yang disediakan untuk menyemak status kelayakan BSH anda.

Bagi anda yang tidak lagi layak menerima bantuan ini, anda masih boleh membuat rayuan untuk menerima BSH. Namun, anda perlulah mengemaskini maklumat-maklumat peribadi anda yang terdapat dalam sistem BSH.

KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP 2020

Berdasarkan info terkini yang dikeluarkan, golongan warga emas yang tidak perlu kemaskini permohonan BSH mereka.

Penerima BSH fasa pertama sebelum ini wajib kemaskini Bantuan Sara Hidup secara online atau hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berhampiran.

Kegagalan mengemaskini maklumat BSH akan menyebabkan permohonan BSH anda tidak akan diproses dan kemungkinan anda tidak akan menerima BSH fasa kedua dan ketiga pada Mei dan Ogos nanti.

Antara maklumat yang diperlukan ketika proses kemaskini termasuklah:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Segala maklumat tanggungan BSH 2018 tidak akan dibawa ke sesi pembayaran seterusnya. Jadi anda perlu membuat pendaftaran semula maklumat anak yang terkini.

Ini termasuklah segala maklumat sokongan yang perlu anda kemukakan sekali lagi untuk kelayakan BSH 2020.

Slip gaji tidak diperlukan memandangkan LHDNM akan menggunakan data dari agensi berkaitan untuk pengesahan maklumat pendapatan pemohon Bantuan Sara Hidup.

Dan sekiranya pasangan anda yang telah menerima BSH 2018 telah meninggal dunia, anda boleh membuat permohonan baru menggunakan maklumat status perkahwinan terkini.

Jangan sesekali menggunakan maklumat palsu ketika mengemaskini permohonan anda.

Sekiranya didapati bersalah anda boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenarai hitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BSH.

Tarikh tutup kemaskini BSH 2020 adalah pada 15 Mac nanti.

MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI DALAM BSH

Terdapat beberapa maklumat yang perlu anda kemaskini sebelum anda membuat rayuan permohonan semula BSH. Berikut merupakan senarai maklumat yang perlu dikemaskini tersebut.

  • Status Perkahwinan (Sama ada berkahwin, bujang, bercerai, kematian pasangan dan sebagainya.)
  • Alamat surat-menyurat terkini
  • Emel aktif dan terkini
  • Nombor telefon rumah dan telefon bimbit
  • Maklumat akaun bank (Nama bank, nombor akaun dan sebagainya)
  • Maklumat pasangan dan tanggungan

CARA MENGEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP

Tidak sukar sebenarnya untuk anda mengemaskini maklumat-maklumat untuk Bantuan Sara Hidup ini. Proses kemaskini ini boleh dilakukan secara online melalui laman web rasmi BSH.

Sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan di bawah ini. Kami turut sertakan gambar bagi setiap langkah tersebut bagi memudahkan anda. Jadi, anda hanya perlu mengikut langkah seperti yang ditunjukkan dalam setiap gambar tersebut. Berikut merupakan langkah-langkahnya.

1.) Layari laman web rasmi BSH. Klik link yang disediakan di bawah.

Cara Mengemaskini Maklumat Untuk Bantuan Sara Hidup Bagi Tahun 2019

2.) Klik bahagian BORANG seterusnya pilih KEMASKINI MAKLUMAT.

Cara Mengemaskini Maklumat Untuk Bantuan Sara Hidup Bagi Tahun 2019

3.) Masukkan nombor kad pengenalan anda.

4.) Kemaskini maklumat pada borang tersebut dengan tepat dan betul.

Cara Mengemaskini Maklumat Untuk Bantuan Sara Hidup Bagi Tahun 2019

Sila pastikan maklumat yang anda isi itu semuanya tepat dan betul. Sekiranya terdapat kesalahan tiga kali berturut-turut, anda akan disekat daripada sistem ini dan jika ini terjadi, anda perlulah merujuk LHDN bagi tujuan mengaktifkan semula akaun anda.

Jadi, anda perlulah mengemaskini setiap perubahan yang berlaku pada butiran maklumat anda. Hal ini demi memastikan tidak berlaku sebarang masalah dalam proses pembayaran BSH kelak.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image