Info Kerjaya Malaysia

4 Bantuan Prihatin Nasional Secara Tunai “One Off” Untuk Diberikan Terus Untuk Manfaat Rakyat

4,626

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN yang berjumlah RM250 bilion telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bantuan Prihatin Nasional ini akan memberi manfaat kepada semua golongan rakyat di negara ini.

Bantuan Prihatin Nasional merupakan bantuan yang paling ditunggu-tunggu, ini kerana bantuan tunai ini secara langsung akan sampai kepada rakyat. Melalui pengumuman Bantuan Prihatin Nasional tadi, bantuan tunai secara one-off akan diberikan kepada empat golongan termasuk golongan M40.

Pembayaran “One Off” ini akan diberikan secara sekali bayar kepada golongan sasaran iaitu rakyat, golongan B40 dan juga M40.

“Saya faham bahawa dalam keadaan bencana seperti yang kita sedang hadapi ini, sebahagian besar daripada saudara-saudari terjejas dari segi sumber pendapatan”.

“Untuk meringankan beban anda, kerajaan akan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40,” katanya dalam pengumuman sebentar tadi”.

4 Bantuan Prihatin Nasional Untuk Rakyat

Di bawah merupakan 4 Bantuan Prihatin Nasional yang diberikan kepada rakyat secara tunai. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada semua isi rumah termasuk golongan bujang.

1. Isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan kebawah.
Pertama, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan kebawah.

2. Berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.
Kedua, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.

3. Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah.
Ketiga, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah.

4. Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan
Keempat, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan.

Selain dari Bantuan Prihatin Nasional ini, Perdana Menteri turut mengumumkan pelbagai inisiatif lain yang turut melibatkan badan kerajaan dan perniagaan.

Anda boleh dapatkan info penuh bantuan melalui teks ucapan Bantuan Prihatin Nasional.

close-image