Info Kerjaya Malaysia

Daftar Mohon Bantuan Ibu Tunggal RM300 Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat

33,993

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pelan PENJANA, ibu tunggal bakal menerima manfaat sebanyak RM300 yang dibayar secara one-off. Manfaat ini diberikan adalah bagi mengurangkan beban mereka berdepan impak COVID-19.

Daftar juga Portal eKasih: Cara Daftar Permohonan Baru & Semakan eKasih Online

Selain daripada berdaftar dengan JKM, ibu tunggal juga perlu berdaftar dengan KPWKM untuk melayakkan diri menerima bantuan RM300. Pendaftaran ini dibuka sehingga 31 Oktober 2020.

Daftar Permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300 PENJANA

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara daftar KPWKM untuk menerima bantuan ibu tunggal.

SYARAT ASAS KELAYAKAN

Pemohon bantuan ibu tunggal mestilah memenuhi salah satu syarat asas kelayakan berikut:

  • Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  • Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran yang ditetapkan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244

CARA DAFTAR KPWKM

Pendaftaran ibu tunggal di KPWKM adalah dibuka secara online iaitu melalui pengisian Google Form. Pemohon mestilah mempunyai akaun email Gmail untuk membuat pendaftaran.

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon Bantuan Khas Ibu Tunggal PENJANA:

  1. Log in ke akaun email Gmail
  2. Klik salah satu link di bawah mengikut negeri pemohon:
    a) Negeri Perlis
    b) Negeri Kedah
    c) Negeri Pulau Pinang
    d) Negeri Perak
    e) Negeri Selangor
    f) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan
    g) Negeri Johor
    h) Negeri Sembilan
    i) Negeri Melaka
    j) Negeri Pahang
    k) Negeri Terengganu
    l) Negeri Kelantan
    m) Negeri Sabah
    n) Negeri Sarawak
  3. Isi maklumat peribadi yang diminta di dalam halaman pertama Borang Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Negeri dan klik Next untuk ke halaman 2
    Daftar Permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300 PENJANA
  4. Pemohon perlu memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan di laman tersebut dengan klik pada Add File
    Daftar Permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300 PENJANA
  5. Klik Submit

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat pendaftaran KPWKM:

  • Salinan MyKad
  • Salinan Penyata Akaun tahun Semasa
  • Salinan Sijil Kahwin/ Sijil Cerai/ Sijil Kematian
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin/MyKid/MyKad/ Sijil Pengangkatan daripada JPN
  • Slip Gaji terkini (jika berkenaan)
  • Pengesahan Pendapatan atau lain-lain dokumen sokongan (Cth: Surat Pengesahan daripada Majikan)
  • Surat Akuan Doktor (jika berkenaan)
  • Surat Akuan Sumpah (sekiranya masih dalam proses penceraian)

CARA DAFTAR JABATAN PEMBANGUNAN WANITA (JPW)

Bagi ibu tunggal yang masih belum berdaftar dengan Jabatan pembangunan Wanita, anda boleh daftar melalui salah satu kaedah berikut:

  • Permohonan secara online di iwanita.jpw
  • Hadir ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri di seluruh Malaysia

DAFTAR IBU TUNGGAL JKM

Untuk mendaftar sebagai ibu tunggal di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKN), anda boleh semak di pautan di bawah. Semak juga beberapa kelebihan jika ibu tunggal berdaftar dengan JKM.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Khas Ibu Tunggal, anda boleh layari laman web Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM). Anda juga boleh terus hubungi KPWKM melalui talian 03-8000 8000 atau emel ke [email protected]

Soalan Lazim

1. Apakah definisi Ibu Tunggal?

Mulai Banci Penduduk dan Perumahan 2010, KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan kriteria, parameter, definisi berikut: 1.Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; 2.Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau 3.Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak iaitu anak angkat atau anak tidak sah taraf.

2. Bagaimana cara untuk mendaftar sebagai ibu tunggal dengan Jabatan Pembangunan Wanita?

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang iwanita.jpw.gov.my atau mengunjungi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri di seluruh Malaysia.

3. Apakah jenis bantuan yang diberikan jika berdaftar sebagai ibu tunggal?

1. Program peningkatan kemahiran dan 2. Latihan keusahawanan kepada golongan wanita yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan seperti program DeWI, Bazar Wanita, dan Program Bantuan Kesejahteraan Emosi menerusi Program Kaunseling.

4. Adakah terdapat pelan berkaitan ibu tunggal?

Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal telah ada sejak 2011 yang komprehensif merangkumi aspek pemerkasaan daripada segi ekonomi, sosial serta aspek penyelidikan dan penyelarasan. Pelan Tindakan tersebut mengambil kira pandangan dan maklum balas semua pihak yang berkepentingan.

5. Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam menggalakkan lagi usahawan wanita berjaya?

Kementerian melalui JPW menawarkan Development of Women Entrepreneurs Initiatives (DeWI) sebagai langkah pemerkasaan ekonomi wanita melalui peningkatan jumlah usahawan wanita yang berjaya. Pengetahuan dan kemahiran mengenai selok-belok perniagaan pelbagai bidang diberikan kepada wanita yang berminat di seluruh Malaysia selain wujud juga bantuan daripada segi kewangan oleh Kerajaan untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan.

6. Apakah program Kementerian yang memfokuskan golongan wanita luar bandar?

Program-program wanita di luar bandar dianjurkan dan dikendalikan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK). Antara program berkenaan adalah program keusahawanan DeWi, sukarelawan PERWANI dan Home Manager.

7. Apakah fokus inisiatif kerajaan untuk memperkasakan wanita?

Pelan Tindakan Pembangunan Wanita memfokuskan kepada ekonomi, kemiskinan, undang-undang, keganasan terhadap wanita, kesihatan, pendidikan dan latihan, sains dan teknologi, pembuat keputusan, mekanisme, jentera dan institut pembangunan Wanita, media, alam sekitar, sukan dan kebudayaan, kesenian dan warisan. Kesemua bidang fokus yang melibatkan kesejahteraan wanita ini berada dalam perhatian Kementerian.

close-image