Info Kerjaya Malaysia

Bantuan COVID-19 RM100 Sehari Kepada Yang Terkesan. Terima Wang Ihsan Sekiranya Positif COVID-19

4,887

Tahukah anda kerajaan akan menyalurkan bantuan COVID-19 sebanyak RM100 sehari kepada individu yang terkesan wabak Coronavirus.

Bantuan ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dengan geran sebanyak RM1 juta.

Sila Download Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari.

Namun bantuan ini terhad kepada individu yang tiada pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang 14 hari tempoh pengawasan di rumah.

Sumbangan tersebut akan disalurkan melalui kutipan tabung Covid-19 yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Individu yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Muamalat 1601-0001-1387-14.

Bantuan COVID-19 RM100

Bantuan COVID-19

i) Tabung COVID-19 dilancarkan dengan geran pelancaran ​sebanyak RM1 juta. Pihak swasta, badan sukarela serta ​orang perseorangan digalakkan untuk memberi ​sumbangan kepada tabung ini demi keprihatinan terhadap ​kebajikan rakyat yang terkesan dengan penularan COVID-​19.

(ii) Tabung ini bertujuan untuk memberi bantuan wang ihsan ​kepada mereka dalam tempoh menjalani Home ​Surveillance (HS) selama 14 hari atau menjalani rawatan di ​hospital ekoran positif COVID-19 yang didaftarkan oleh ​KKM.

(iii) Sumbangan bantuan sebanyak RM100 sehari akan ​diberikan kepada individu yang tidak mempunyai ​pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang proses HS dan ​rawatan tersebut.

Statistik Terkini Coronavirus Di Malaysia

COVID-19 Di Malaysia

Ringkasan kes COVIDー19 di Malaysia setakat 15 Mac 2020.

428 kes keseluruhan termasuk 42 yang telah sembuh.

7 lagi pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar wad hari ini.

Daripada 386 yang sedang dirawat, 9 di ICU tetapi stabil.

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang Coronavirus, sila ke portal khas KKM di sini.

close-image