Info Kerjaya Malaysia

Apa Itu Perumahan PR1MA dan Macam Mana Nak Apply?

2,511

Apa Itu Perumahan PR1MA?

Rumah PRIMA direka supaya dapat menjadi sebahagian daripada komuniti bersepadu dan anda dapat memilih dari pelbagai jenis unit pada saiz yang berbeza.

PRIMA pula merupakan satu  projek perumahan mampu milik di bawah Akta PR1MA 2012.

Tujuan Atau Objektif  PR1MA

Progam ini ditubuhkan untuk merancang, membangunkan, membina dan mengekalkan perumahan bermutu tinggi untuk anda yang tinggal di kawasan bandar utama dan berpendapatan isi rumah sederhana.

Harga Rumah

Semua harga rumah PR1MA adalah RM100,000 hingga RM400,000 sahaja.

Macam Mana Nak Apply?

Jika anda berminat untuk memohon perumahan PR1MA, berikut adalah kelayakan yang diperlukan :

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan isi rumah individu atau bersama antara RM2,500 – RM15,000.
  • Umur lebih 21 tahun.
  • Anda dan pasangan tidak memiliki lebih daripada 1 rumah.

Anda boleh apply permohonan rumah PR1MA melalui pautan berikut : PR1MA

Langkah Permohonan

rumah prima mohon

1. Pendaftaran 

  • Buka akaun dan tetapkan kata laluan.
  • Lengkapkan borang pendaftaran.
  • Hantar borang pendaftaran yang telah dilengkapkan untuk mendapatkan nombor rujukan PR1MA.
  • Terima e-mel pengesahan pendaftaran.
  • PR1MA akan memaklumkan anda melalui e-mel apabila terdapat kediaman PR1MA yang dibuka di lokasi pilihan anda.
  • Isikan maklumat yang diminta seperti di dalam borang

apa itu prima

2. Permohonan

Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik.

  • PR1MA akan memaklumkan anda melalui e-mel apabila terdapat kediaman PR1MA yang dibuka di lokasi pilihan anda.
  • Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda.
  • Klik “Projek dibuka untuk permohonan” untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Terima e-mel pengesahan permohonan.

apa itu prima

3. Pengundian

Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.

  • Keputusan cabutan undi akan diumumkan di Undi Prima
  • Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda..
  • Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda.

5. Pemilihan unit 

Anda akan dipanggil untuk memilih unit rumah yang anda kehendaki.

6. Pembiayaan

Terdapat 4 jenis pembiayaan iaitu :

  • Care by Prima : Skim insuran rumah unik yang terus beri perlindungan insuran pada rumah PR1MA.
  • Skim Rent-To-Own : Terbuka untuk pembeli yang layak tetapi tidak dapat pinjaman dari panel bank PR1MA. Permohonan ini akan disemak oleh jawatankuasa khas.
  • Pembiayaan (End-Financing) : Pakej kewangan dari institusi terpilih yang mana pembeli yang layak boleh dapat sehingga 110% dari harga SPA.
  • Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF) : Mengurangkan pembayaran pinjaman rumah untuk pembeli PRIMA. Perlu bayar fixed interest untuk 5 tahun pertama. Skim ini menawarkan ansuran bulanan yang lebih rendah berbanding kadar pinjaman biasa.

7. Tandatangan SPA

Setelah siap semua langkah diatas, anda akan menandatangani Perjanjian Jual Beli, atau Sale and Purchase Agreement (SPA).

Kontrak sah ini terkandung semua terma dan syarat antara pemaju, PR1MA dan anda iaitu pembeli rumahnya.

apa itu rumah PR1MA

Jika anda memenuhi kriteria kelayakan seperti di atas, anda boleh membuat terus membuat permohonan untuk memiliki kediaman idaman anda.

close-image