Info Kerjaya Malaysia

Akaun 3 KWSP: Penstrukturan, Pengeluaran & Pindahan Akaun Fleksibel

2,702

Akaun 3 KWSP: Penstrukturan, Pengeluaran Simpanan Akaun Sejahtera & Pindahan Akaun Fleksibel

Penstrukturan semula akaun KWSP adalah bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

Penstrukturan semula akaun KWSP melibatkan perubahan daripada dua (2) akaun kepada tiga (3) akaun seperti berikut:

  • Akaun sedia ada dinamakan semula daripada Akaun 1 kepada “Akaun Persaraan”; dan Akaun 2 pula dinamakan “Akaun Sejahtera” tanpa perubahan pada tujuan kedua-dua akaun tersebut;
  • Memperkenalkan akaun ketiga iaitu “Akaun Fleksibel”;
  • Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%) dan Akaun Fleksibel (10%).

Fokus utama inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP ini adalah untuk memperkasa ahli dalam membuat keputusan bagi mengimbangi keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. Inisiatif ini juga dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka menerima pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan mereka kelak.

Maklumat penstrukturan akaun KWSP ini adalah seperti di bawah.

Apakah Itu Akaun 3 KWSP

Akaun 3 KWSP, juga dikenali sebagai Akaun Fleksibel, adalah akaun baharu yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Akaun ini terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Tujuan utama Akaun Fleksibel adalah untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.

Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Ini termasuk amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Akaun Fleksibel ini adalah sebahagian daripada inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP, yang juga melibatkan Akaun Persaraan (sebelumnya dikenali sebagai Akaun 1) dan Akaun Sejahtera (sebelumnya dikenali sebagai Akaun 2). Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pendapatan persaraan ahli sambil memenuhi keperluan kitaran hidup mereka.

Infografik di atas merupakan Akaun KWSP ahli sebelum penstrukturan berlaku.

  • Akaun Persaraan: Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1, adalah untuk simpanan hari persaraan.
  • Akaun Sejahtera: Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 2, adalah untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan.
  • Akaun Fleksibel: Memberikan anda fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Bagaimana Caruman Akaun 3 KWSP Setelah Dilaksanakan?

Pada tarikh kuat kuasa struktur akaun baharu, Akaun Fleksibel ahli akan bermula dengan baki sifar. Ahli diberikan pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan yang ada dalam Akaun Sejahtera mereka (sebelum ini Akaun 2) sebagai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel. Tujuan ahli diberikan pilihan pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel ini adalah bagi membolehkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel tanpa perlu menunggu caruman baharu.

Tempoh bagi ahli membuat pilihan pindahan amaun permulaan ini akan dibuka mulai 11 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024, di mana pilihan ini boleh dibuat sebanyak satu (1) kali sahaja dalam tempoh tersebut dan pilihan itu tidak boleh dibatalkan. Amaun yang akan dipindahkan adalah berdasarkan baki Akaun Sejahtera ahli semasa pilihan ini dibuat.

Akaun  Tujuan 
Akaun Persaraan  Mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan. 
Akaun Sejahtera  Menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan. 
Akaun Fleksibel (Akaun 3)  Menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli. 

Mulai 11 Mei 2024, caruman baharu akan diagihkan mengikut peratusan seperti berikut:

Setelah penstrukturan semula akaun dilaksanakan, baki sedia ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera masing-masing. Sementara itu, Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Contoh agihan caruman ke akaun KWSP ahli adalah seperti ilustrasi di bawah:

Contoh Pindahan Simpanan Akaun

Berikut adalah contoh pindahan simpanan bagi ahli yang memilih untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel:

Senario 1: Ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera

Akaun  Pecahan Simpanan  Penerangan 
Akaun Fleksibel  10/30  Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada simpanan dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel 
Akaun Persaraan  5/30  Lima per tiga puluh (5/30) daripada simpanan dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan 
Akaun Sejahtera  15/30  Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera 

Pindahan akan dibuat seperti berikut:

  • Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada simpanan dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel
  • Lima per tiga puluh (5/30) daripada simpanan dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan
  • Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera

Pengeluaran Akaun 3 KWSP 3000 Ke Atas

Senario 2: Ahli yang mempunyai simpanan kurang daripada RM3,000 dalam Akaun Sejahtera

Akaun  Baki Simpanan  Pindahan 
Akaun Sejahtera  RM1,000 dan ke bawah  Semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel 
Akaun Sejahtera  Melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000  Amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera 
Akaun Persaraan  Kurang dari RM3,000  Tiada pindahan akan dibuat 

Pindahan akan dibuat seperti berikut:

  • Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel
  • Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera

Tiada pindahan akan dibuat ke Akaun Persaraan bagi simpanan dalam Akaun Sejahtera yang kurang dari RM3,000.

Bagaimana Pindahkan Simpanan Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel?

Mulai 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli diberi peluang sekali sahaja untuk membuat pilihan memindahkan sebahagian daripada baki simpanan Akaun Sejahtera mereka ke Akaun Fleksibel sebagai amaun permulaan. Bagaimanapun, pilihan ini tidak boleh dibatalkan setelah permohonan diproses.

Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel pula adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera anda sama ada kurang daripada atau melebihi RM3,000 pada tarikh permohonan diproses.

Anda boleh membuat pilihan pindahan ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) di Pejabat KWSP bermula 12 Mei 2024.

Saya Pilih Untuk Tidak Membuat Pindahan Amaun Permulaan Ke Akaun Fleksibel

Ya boleh! Jika anda memilih untuk tidak berbuat demikian, baki simpanan sedia ada akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Selepas tarikh pelaksanaan, semua caruman baharu akan dikreditkan ke dalam ketiga-tiga akaun iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%).

Perlu diingat bahawa permohonan pilihan amaun permulaan hanya boleh dibuat sekali sahaja melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) dalam tempoh yang ditetapkan (12 Mei hingga 31 Ogos 2024). Selepas permohonan diproses, ia tidak boleh dibatalkan. Bagi yang memilih untuk membuat pindahan ini, permohonan anda dijangka akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.

Bagaimana Keluarkan Simpanan Dari Akaun 3 KWSP

Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Setelah permohonan diproses dan diluluskan, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda. Perlu diingat, had pengeluaran minimum yang dibenarkan ialah RM50.

Anda tidak perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk membuat permohonan pengeluaran ini. Namun, anda perlu ada akaun bank yang aktif atas nama anda sendiri bagi memudahkan proses bayaran pengeluaran. Jika anda tidak mempunyai akaun bank aktif, anda boleh memilih kaedah Arahan Bayaran melalui aplikasi KWSP i-Akaun, dengan mengikuti langkah-langkah yang sama.

Akaun Fleksibel Bukan Untuk Ahli 55 Tahun Ke Atas

Tidak, penstrukturan semula ini hanya melibatkan akaun KWSP ahli yang belum mencapai umur 55 tahun (termasuk ahli bukan warganegara) pada 11 Mei 2024.

Setelah ahli mencapai umur 55 tahun, kesemua baki simpanan dalam ketiga-tiga akaun akan dipindahkan ke Akaun 55. Caruman baharu yang diterima selepas umur 55 tahun akan dikreditkan ke Akaun Emas.

Lebih banyak info di laman KWSP

close-image