Info Kerjaya Malaysia

Permohonan Air Percuma Selangor & Semakan SADE Skim Air Darul Ehsan

899

Permohonan Air Percuma Selangor & Semakan SADE Skim Air Darul Ehsan

Sekiranya anda penduduk negeri Selangor, ini adalah berita gembira buat anda. Anda boleh membuat permohonan air percuma sebanyak 20 meter padu mengikut syarat yang ditetapkan dan membuat semakan SADE.

Permohonan ini telah dilakukan secara berperingkat dan telah dilaksanakan pada fasa pertama 1 Mac yang lalu.

Anda boleh memohon untuk peringkat fasa kedua dengan mengikut kelayakan serta syarat yang akan dikongsikan seperti dibawah.

Permohonan Air Percuma Selangor & Semakan SADE Skim Air Darul Ehsan

Tempoh Permohonan SADE

  • Bermula 1 April 2020 – 30 Jun 2020.

Syarat Permohonan SADE

  • Warganegara Malaysia dan menetap di Selangor
  • Isi rumah dibawah RM4000 ke bawah (bujang, pasangan suami isteri termasuk pasangan bukan warganegara)
  • Premis kediaman meter individu
  • Layak mohon untuk satu premis sahaja

Nota : Pengguna akaun meter pukal kategori pangsapuri kos rendah menerima secara terus 20 meter padu air percuma di bawah SADE sehingga 31 Disember 2021.

Permohonan Air Percuma Selangor & Semakan SADE Skim Air Darul Ehsan

Cara Memohon

Semakan Status SADE

Tarikh semakan pada : 28 April 2020

  • Pemohon akan diberitahu sama ada permohonan berjaya atau tidak melalui emel dan SMS.
  • Semakan boleh dibuat di pautan : Semakan SADE dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun Air Selangor.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Sebarang makumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi :

  • Talian Khidmat Pelanggan : 15300
  • Talian Cawangan-Cawangan Air Selangor : Cawangan SADE
  • Laman Web Rasmi Air Selangor : SADE

close-image