Info Kerjaya Malaysia

Membimbangkan! Seramai 945 Belia Di Malaysia Diisytiharkan Muflis Pada 2020

1,155

Membimbangkan! Seramai 945 Belia Di Malaysia Diisytiharkan Muflis Pada 2020

Tahukah anda bahawa tahun ini terdapat seramai Seramai 945 golongan belia yang berumur antara 18 hingga 35 tahun telah diisytihar bankrap bagi tempoh Januari hingga Julai 2020.

Umur Belia Di Malaysia Diisytiharkan Muflis Pada 2020

Angka ini telah dinyatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Shabudin Yahaya dan menurutnya lagi, terdapat lebih 100 kes kebankrapan yang direkodkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) melibatkan mereka yang berumur 31 hingga 35 tahun.

Ramai! Seramai 945 Belia Di Malaysia Diisytiharkan Muflis Pada 2020

Laksanakan Pelbagai Program Kesedaran

“Bagi membantu mengurangkan kadar kebankrapan, Mdl melaksanakan pelbagai program bagi mewujudkan kesedaran masyarakat tentang isu muflis seperti program bersama masyarakat dan Mdl Prihatin.

“Ia bagi menyampaikan maklumat, memberikan pendidikan dan mewujudkan kesedaran kepada orang ramai khususnya belia supaya perkara itu dapat ditangani di peringkat awal lagi. Ceramah, taklimat dan program kesedaran itu juga melibatkan agensi awam dan swasta, serta pelajar institusi pengajian tinggi.”

Ramai! Seramai 945 Belia Di Malaysia Diisytiharkan Muflis Pada 2020

Pihak kerajaan melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) turut mengadakan program untuk memberi kesedaran tentang isu muflis dan program itu melibatkan perancangan kewangan kepada semua golongan bagi membolehkan mereka yang terlibat dapat menangani masalah pengurusan kewangan di peringkat prakebankrapan.

“Program ini juga dapat membantu golongan belia untuk berbelanja dengan berhemah dan bijak dalam pengurusan kewangan bagi mengelakkan kemuflisan disebabkan COVID-19.”

Bagi anda yang mempunyai masalah kewangan dan ingin mendaftar dengan AKPK, klik sini dan dapatkan cara-cara untuk mendaftar seterusnya login ke akaun AKPK anda.

Sumber : BERNAMA

close-image