Info Kerjaya Malaysia

9 Tips Menggunakan Teknik Psikologi Untuk Mendapatkan Jawatan Yang Dipohon

687

9 Tips Menggunakan Teknik Psikologi Untuk Mendapatkan Jawatan Yang Dipohon

Tahukah anda bahawa terdapat 9 teknik psikologi yang membantu anda untuk mendapatkan jawatan yang anda pohon ketika sesi temuduga?

Baca perkongsian ini sehingga habis untuk mendapatkan cara yang betul bagaimana menggunakan 9 teknik psikologi tersebut ketika temuduga anda.

9 Tips Menggunakan Teknik Psikologi

9 tips tersebut adalah :

1. Gunakan “power-priming tactics”

Anda boleh gunakan teknik ini sekiranya anda ditemuduga secara berkumpulan. Anda perlu menarik perhatian penemuduga dengan menjadi seorang calon yang aktif memberikan jawapan dan pendapat. Jawab dengan penuh bertenaga setiap kali anda mendapat soalan daripada penemuduga.

Walaubagaimanapun anda perlu menjawab setiap soalan berkaitan dengan pekerjaan, pengalaman dan peribadi anda.

Namun, anda boleh sahaja menggunakan teknik ini ketika anda menghadapi temuduga secara berseorangan.

9 Tips Menggunakan Teknik Psikologi Untuk Mendapatkan Jawatan Yang Dipohon

2. Senyum

Anda perlu senyum ketika temuduga dijalankan. Tapi jangan pula senyum dengan keterlaluan. Ramah dan sopan tetapi serius ketika menjawab soalan. Fokus untuk menjawab soalan yang diajukan.

3. Tahu nama penemuduga beserta panggilan

Anda bukan sahaja mengingati penemuduga, tetapi ia memberikan satu pandangan positif kepada penemuduga. Ia menunjukkan anda membuat kajian tentang syarikat, penemuduga dan juga kedudukan seseorang yang penting dalam syarikat.

4. Kemahiran melayan dan mendengar

Kemahiran melayan dan mendengar yang perlu anda lakukan adalah dengan mengulangi semula pernyataan atau pertanyaan daripada penemuduga. Ia menunjukkan bahawa anda adalah seorang pendengar yang aktif dengan memberikan respon terhadap pertanyaan mereka.

Contoh ;

Penemuduga : “Jawatan ini memerlukan seorang penulis yang boleh membuat liputan mengenai kisah politik negara, gosip artis tanah air dan seterusnya dapat melakukan kedua-dua tugasan sekaligus tanpa sebarang paksaan. Bagaimana? Bolehkah anda?”

Calon : “Sekiranya Tuan Rosli mencari penulis serba boleh yang bersemangat dan berminat untuk melakukan kedua-dua tugasan, kriteria tersebut ada pada saya. Seperti mana portfolio saya yang telah Tuan Rosli lihat, saya telah melakukan semua tugasan bermula daripada seorang penulis biasa hingga menjalankan tugasan sebagai seorang wartawan siasatan jenayah. Jadi saya percaya bahawa saya sangat sesuai dengan tugasan ini.”

5. Pastikan tangan tidak basah dan berpeluh

Tangan sejuk dan berpeluh adalah tanda anda dalam kegelisahan. Sebelum anda berjabat tangan dengan penemuduga, pastikan tangan anda kering dan tidak berpeluh. Lap tangan anda sehingga kering.

6. Menjadi cerminan positif

Ia bermaksud anda meniru bahasa badan sesorang iaitu penemuduga anda. Contohnya, jika mereka senyum, anda juga turut senyum bersama mereka. Sekiranya mereka menggunakan isyarat tangan, anda juga menggunakan isyarat tangan ketika menjawab soalan. Ia menghasilkan satu tindakan yang positif sekiranya anda menggunakan teknik ini ketika temuduga.

9 Tips Menggunakan Teknik Psikologi Untuk Mendapatkan Jawatan Yang Dipohon

7. Gunakan bahasa badan

Pentingnya komunikasi nonverbal ketika temuduga anda. Apakah bahasa badan yang sesuai digunakan?

  • Tunjukkan tenaga dan semangat yang tinggi
  • Tunjukkan ekspresi positif di wajah anda
  • Kekalkan eye contact dengan penemuduga
  • Angguk tanda faham
  • Gunakan isyarat tangan yang sesuai ketika bercakap
  • Pelbagaikan nada suara anda mengikut kesesuaian

8. Gunakan “Construal Level Theory”

Menurut Construal Level Theory, semakin jauh anda dari objek atau orang, semakin abstrak pemikiran anda. Semakin dekat anda dengan sesuatu objek atau orang, semakin konkrit pemikiran anda.

Jadi sekiranya calon duduk dekat dengan penemuduga, mereka lebih mudah menceritakan tentang diri dengan lebih yakin dan dihuraikan dengan lebih kreatif berbanding calon yang kedudukannya sedikit jauh daripada penemuduga.

9. Jangan memotong percakapan penemuduga

Sekiranya penemuduga anda sedang bercakap atau bertanyakan soalan, dengarkan sehingga penemuduga habiskan percakapannya. Sekiranya anda memotong percakapannya, ia menunjukkan satu pandangan yang negatif terhadap anda. Anda akan kelihatan tidak sopan kerana memotong percakapan orang lain.

9 Tips Menggunakan Teknik Psikologi Untuk Mendapatkan Jawatan Yang Dipohon

Apa salahnya praktikkan 9 teknik psikologi ini ketika anda melalui proses temuduga. Tampilkan yang terbaik dalam diri sendiri untuk menjadi seorang calon yang memang dicari oleh majikan. Semoga berjaya.

Bagi anda yang ingin lulus dengan cemerlang dalam temuduga, jangan abaikan 9 perkara ini ketika proses temuduga anda nanti.

close-image