Info Kerjaya Malaysia

Ambil Tahu,9 Jenis Pendapatan Ini Dikenakan Cukai

1,429

Jenis-Jenis Pendapatan Yang Dikenakan Cukai

Tahukah anda bahawa 9 jenis pendapatan yang akan disenaraikan ini sebenarnya dikenakan cukai oleh Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia. Jika anda ingin tahu, teruskan membaca perkongsian ini dan dapatkanapakah 9 jenis pendapatan yang ramai tidak tahu tetapi dikenakan cukai.

9 Jenis Pendapatan Yang Dikenakan Cukai

1. Dividen dan Faedah

Terdapat beberapa jenis faedah dan dividen yang dikecualikan cukai Seperti Tabung Haji, ASB dan Unit Amanah. Manakala dividen atau faedah yang dikira pendapatan boleh dikenakan cukai oleh LHDN.

2. Penggajian

Gaji yang dimaksudkan ialah, majikan yang membuka fail untuk membayar gaji kepada pekerja dan pekerja yang menerima gaji serta layak dipotong cukai akan dikenakan potongan cukai berjadual (PCB)

Contoh penggajian yang dikenakan cukai adalah seperti berikut :

  • Gaji, bonus, yuran pengarah, komisen, elaun, perkuisit, ganjaran dan lain-lain (tunai atau sesuatu yang boleh ditukar kepada tunai).
  • Manfaat berupa barangan daripada majikan (kereta, telefon bimbit, pemandu, orang gaji dan lain-lain).
  • Nilai tempat kediaman yang disediakan oleh majikan.
  • Caruman oleh majikan untuk pekerja ke tabung pencen atau kewangan yang tidak diluluskan.
  • Pampasan kerana kehilangan pekerjaan.

Potongan Cukai Bulanan (PCB)

  • Satu mekanisma bayaran cukai pendapatan pekerja.
  • Bayaran pendahuluan cukai pendapatan pekerja.
  • Bukan cukai muktamad pekerja.
  • Dikira berdasarkan Jadual PCB dan kaedah pengiraan berkomputer (e-PCB, Kalkulator PCB, Perisian PCBdan sistem pembayaran gaji berkomputer).

3. Perniagaan atau Profesion

Ia merangkumi semua jenis perniagaan atau profesion yang menerima kemasukan wang ke dalam akaun bank. Bagi anda yang bekerjaya sebagai seorang Youtubers, instafamous, influencers atau paid review produk perlu membuat isytihar pendapatan dan daftarkan perniagaan anda.

4. Premium

Premium yang dimaksudkan ialah wang yang diberikan sebagai hadiah dan ganjaran akan dikenakan cukai seperti :

  1. Percutian
  2. Baucar
  3. Telefon
  4. Wang tunai
  5. Laptop
  6. Rumah

5. Sewa

Cukai yang dikenakan atas sewaan adalah apa sahaja bentuk pendapatan daripada hasil sewaan seperti :

  • Kediaman
  • Tanah
  • Kenderaan
  • Barang yang digunakan dan anda menerima wang daripada orang tersebut.

6. Diskaun

Jumlah diskaun yang diterima juga layak dikenakan cukai seperti diskaun pembelian barang daripada syarikat sekiranya anda adalah pekerja di syarikat tersebut. Walaupun pendapatan tersebut bukan dalam bentuk tunai, tetapi ia adalah pendapatan dalam bentuk benefit-in-kind.

7. Royalti

Royalti merupakan satu bentuk bayaran tertentu yang mungkin diterima banyak kali seperti sebuahkarya seorang pengarang, penyanyi atas setiap naskah karya mereka yang terjual. Namun royalti juga mendapat pengecualian cukai jika :

Ambil Tahu,9 Jenis Pendapatan Ini Dikenakan Cukai

8. Anuiti

Anuiti merupakan sejenis bayaran yang diterima secara tetap dan berulang-ulang yang dibayar oleh sesebuah syarikat untuk tempoh tertentu. Mereka yang ingin inginn menerima wang secara konsisten dan tanpa perlu bekerja pada tempoh tertentu boleh melanggan produk anuiti ini.

9. Pencen

Orang berpencen pun dkenakan cukai? Ya, mereka juga dikenakan cukai kerana menerima pembayaran ketika berkhidmat dengan kerajaan sehinggalah berpencen. Mereka juga akan dikecualikan cukai seperti :

Ambil Tahu,9 Jenis Pendapatan Ini Dikenakan Cukai

Jadi, pentingnya kita semua mengetahui mengenai pendapatan yang dikenakan cukai serta bertanggungjawab dengan menguruskan urusan cukai ini dengan betul. Kunjungi LHDNM yang terdekat untuk uruskan urusan cukai anda dengan segera.

close-image