Info Kerjaya Malaysia

Jangan Ulangi 6 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Oleh Pencari Kerja Ini

1,243

Jangan Ulangi 6 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Oleh Pencari Kerja Ini

Sebagai seorang pencari kerja atau jobseeker, anda perlu lakukan yang terbaik untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Terdapat banyak kesilapan yang dilakukan oleh pencari kerja sehingga tidak mendapat pekerjaan yang diinginkan.

Jangan Ulangi 6 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Oleh Pencari Kerja Ini

Apakah 6 perkara yang tidak perlu anda ulangi seperti mana yang sering dilakukan oleh pencari kerja sebelum ini?

6 Perkara Yang Dilarang Untuk Mendapatkan Pekerjaan

1. Menggunakan Resume Yang Sama

Masih ada pencari kerja yang malas untuk mengubah resume mengikut jenis jawatan yang dipohon. Kebanyakan pencari kerja mengguna semula resume tanpa membuat sebarang penambahan atau membuang perkara yang tidak sepatutnya dari resume yang dihantar kepada bakal majikan. Ini menyebabkan resume anda tidak mendapat perhatian majikan malah ditong sampahkan oleh bakal majikan anda.

2. Tidak Mendapatkan Maklumat Syarikat / Jabatan Ketika Temuduga

Masih lagi ada yang berharap ada keajaiban ketika menghadiri temuduga kerja. Mungkin berharap nasib yang baik akan menyebelahi mereka lalu tidak mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat berkaitan syarikat / jabatan yang dihadiri untuk temuduga. Ia menyebabkan majikan merasakan calon tidak berminat untuk menyertai mereka untuk bekerja.

3. Tidak Menonjolkan Diri / Tidak Brandingkan Diri

Pencari kerja perlu menggunakan peluang yang ada untuk menonjolkan diri sendiri atau menaikkan branding diri sendiri agar menarik minat majikan untuk mengambil anda bekerja di syarikat mereka. Sediakan portfolio kerja anda dan tunjukkan kepada mereka bahawa andalah pekerja yang dicari oleh mereka.

Jangan Ulangi 6 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Oleh Pencari Kerja Ini

4. Terpaksa Bekerja

Ada yang memaksa diri untuk bekerja di syarikat tersebut kerana ingin mendapatkan wang semata-mata untuk kelangsungan hidup serta membayar hutang yang ada. Jadi, calon tiada minat untuk bekerja walaupun mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh majikan serta sesuai untuk menjawat jawatan yang ditawarkan. Jadi, calon sendiri akan menyebabkan pengalaman kerja mereka mempunyai rekod yang buruk dan menyusahkan diri sendiri.

5. Tidak Pelbagai Kaedah Mencari Kerja

Terdapat banyak kaedah untuk mendapatkan kerja dengan mudah. Dan pada masa kini calon tidak lagi perlu bersusah payah untuk keluar dan lihat iklan pekerjaan. Semuanya dihujung jari sahaja dan calon boleh gunakan telefon sahaja untuk mengisi borang permohonan kerja.

Malahan, calon boleh memohon kerja melalui portal Jobs Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, My Future Jobs dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

6. Menunggu Iklan Jawatan Kosong

Sebagai seorang pencari kerja, anda tidak perlu menunggu sahaja jawatan kosong datang kepada anda. Siapkan resume dengan baik dan hantar permohonan kerja anda ke syarikat yang anda ingin bekerja. Jangan lupa siapkan cover letter dan surat permohonan kerja. Mana tahu jawatan tersebut sedang menunggu anda untuk diisi.

Jangan Ulangi 6 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Oleh Pencari Kerja Ini

Nak siapkan resume dengan betul. Dapatkan disini dan anda boleh buat dengan menggunakan template Google Doc atau cipta template resume dengan menggunakan Power Point sahaja.

close-image