Info Kerjaya Malaysia

5 Program Besar Untuk Golongan Hilang Kerja & Miskin Bandar Bakal Diadakan, Kementerian Wilayah

1,944

5 Program Besar Untuk Golongan Hilang Kerja & Miskin Bandar Bakal Diadakan

Bagi membantu menyelesaikan masalah miskin bandar dan kehilangan kerja, Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Tan Sri Annuar Musa mengumumkan akan melaksanakan 5 program berskala besar dan akan dijadualkan secara berperingkat mulai minggu hadapan.

Anda juga boleh daftar Penjana HRDF ini, dimana lebih 40,000 peluang kerja bakal ditawarkan.

5 Program Besar Untuk Golongan Hilang Kerja & Miskin Bandar Bakal Diadakan, Kementerian Wilayah

Tujuan Program

Bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang miskin bandar dan kehilangan pekerjaan serta tidak dapat meneruskan perniagaan akibat wabak Covid-19.

“Kita akan cuba permudahkan untuk mereka yang ingin bekerja atau berniaga kerana sebelum ini, banyak peluang berniaga diambil warga asing sehinggakan ada antara mereka menjadi kaya-raya di sini. Seharusnya, peluang itu diberikan kepada rakyat tempatan,”

Tawaran Peluang Pekerjaan

Terdapat lebih daripada 5,000 peluang pekerjaan dalam beberapa sektor seperti :

  • Pembinaan
  • Perniagaan
  • Menjaja
  • Dan sektor-sektor yang lain.

Kelayakan

Semua rakyat tempatan ( warganegara Malaysia) yang tinggal di Wilayah Persekutuan layak untuk mengikuti program ini.

“Sebelum ini kita hanya meluluskan pelan dan mereka yang menentukan siapa yang hendak diambil bekerja termasuk pekerja asing. Tetapi dalam keadaan pasca wabak koronavirus (Covid-19), kita lihat ramai yang hilang kerja atau jatuh miskin kerana tidak dapat meneruskan perniagaan seperti biasa.

“Apa yang kita cuba lakukan ialah membantu mereka supaya syarikat ini secara sukarela menyenaraikan jumlah pekerja yang mereka perlukan dan jika boleh, kita minta keutamaan diberikan kepada warga tempatan yang benar-benar memerlukan kerja itu,”

5 Program Besar Untuk Golongan Hilang Kerja & Miskin Bandar Bakal Diadakan, Kementerian Wilayah

Proses Program

  • Kementerian Wilayah Persekutuan berbincang dengan pengusaha / pemilik firma / kontraktor besar untuk perbincangan.
  • Syarikat terlibat senaraikan jumlah pekerja yang diperlukan.
  • Proses pengambilan pekerja mengikut sektor.
  • Proses secara jadual dan berperingkat

Sumber : Sinar Harian

close-image